Breaking News

Syiling Oh Syiling


Assalamualaikum..

Panjang nau al kisah duit syiling ni. haha. Cik Nor pendek kan ajer supaya korang tak bosan nak baca entry Cik Nor kali ni.  Memang masa kerja dulu la Cik Nor akan buat tabungan duit syiling. Tak kira banya ke sikit tetap jugak simpan. Ye lah kan, kita tak tahu bila kita nak susah. Sikit ke banyak tetap juga ada tabungan disamping simpanan tetap didalam bank. betul tak korang?

Oleh kerana dah masuk tahun baru maka dah tiba masanya untuk Cik Nor kira keuntungan yang Cik Nor simpan selama setahun tu. Cik Nor simpan dalam botol mister potato yang panjang tu jer. Malas nak beli tabung bagai. Tu pun tak penuh mana. haha. Mula-mula bawak g Bank Islam, masa tu  pergi waktu petang. Sekali dah siap isi form dan nak ambik nombor giliran petugas Bank Islam tu kata nak bank in duit syiling hanya sebelum pukul 12 tengahari sahaja. Adoii..frust dah kat situ. Ok..think positive tunggu adik bawak balik duit syiling dia, boleh bank in sekali.

Korang boleh baca juga Tips Jimat Belanja

Cubaan kali ke 2 untuk bank in syiling duit syiling kat Bank Islam tak berjaya lagi sebab kena kira sendiri la pulak. Yang adik Cik Nor memang Cik Nor dah kira siap-siap tapi yang Cik Nor sendiri memang tak kira langsung. Dengan perasaan hampa keluar dari bank ingat nak pergi kira dalam kereta tapi tempat yang sempit mana mungkin selesa nak kira duit. Dua kali kira last-last feedup. Oleh kerana kakak dah settle kerja dia kat bank, ambik dia dan terus pergi kedai serbaneka RM2.10. Tanyalah kat situ ambik tak duit syiling, katanya dah tak ambik sebab dah banyak. Tiga kali frust.haha

Tak putus asa lagi, singgah beli ayam.Tanya budak jual ayam tu nak duit syiling tak? Katanya dia baru ambik dengan orang lain. Dia suruh offer kat kedai runcit ayah dia. Sekali ayah dia nak ambik RM100 jer. Tak kuasa  eh nak kira sikit-sikit macam tu.haha. Balik rumah petang tu, kira siap-siap RM10.00 satu plastik aiskrim. Memang dah nekad, esok ada event kat Kota Bharu dan balik dari event nak tukar duit tu kat stesyen Petronas tempat biasa Cik Nor tukar duit syiling. Alhamdulillah..stesyen minyak Petronas ambik tapi kena tinggalkan no,telefon kot-kot kita silap kira..hehe. Tunggu juga dia telefon atau whatsapp tapi tak ada pun. Dah betul la tu Cik Nor kira. Mana tak betul nya, buka kira manual jer siap ada kalkulator lagi kat sebelah.haha.

Berakhirlah kisah duit syiling Cik Nor yer. Harap korang tak jemu membacanya.haha

9 comments:

  1. pernah dulu skali nk bank in duit syiling kat cimb bank..
    dua tiga cawangan pegi tp ckp mesin rosak..
    sampai putus la tali handbag duk angkut duit syiling berat tu..
    last sekali ke cawangan terakhir.. amek jgk tp dia ckp kena kira manual nt baru masuk akaun..
    masa tu pasrah je.. ada rezeki masuk la dlm akaun.. takde rezeki xpe..
    alhamdulillah.. masih ade rezeki dpt la rm200.. kikiki..

    skrg ni kalo duit syiling masuk mesin je kat bank islam..

    tu la kisah sy dan duit syiling.. pjg plak komen.. haha

    ReplyDelete
  2. time sekolah dulu duit syiling ni mcm goreng pisang panas sbb nak gune utk public phone.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. selalu duit syiling ni kami bagi kat mana2 kedai runcit yg nak, huhu

    ReplyDelete
  4. kemain duit syiling cik nor haaa..

    ReplyDelete
  5. ada gak tabungan syiling ni. Tak penuh lagi.. nnt nak tukarlah bila dah penuh. Biasanya suami berurusan dgn Tabung haji je..

    ReplyDelete
  6. Bagus juga amalan simpan duit syiling.

    ReplyDelete
  7. wowww berapa banyakkah ituuuuu? hahahah!

    ReplyDelete
  8. sekarang duit syiling ni susah sangat nak masuk dalam bank. Biasa masukkan dalam tabung haji je yang nak terima pun. Bank lain memang payah. Nak tukar kedai runcit pun ada yang tolak sebab dah tukar dengan orang lain. Mesin deposit syiling pun entah wujud ke tidak agaknya kan. Mungkin lebih mudah kalau ada.

    ReplyDelete
  9. aida x pernah susah plak nak tuko duit syiling, cik nor.
    now dah lama x menabung syiling.
    dulu la. uncle kedai runcit nak aje. siap pernah tanya, "syiling lu sulah abis ka?".

    ReplyDelete