Blogger Pantai Timur Bertemu Blogger Selatan
Assalamualaikum..
Akhirnya kami bertemu jua di alam realiti..haha. Kemain kan Cik Nor ni. Alhamdulillah..berjumpa juga Cik Nor dengan 2 orang blogger selatan yang famous amos ni. Biasa dok komen kat blog, instagram dan facebook jer. Kali nie boleh bersua muka dan bertemu mata lagi. hehe. Tapi tak boleh nak borak lama-lam pun sebab sibuk dengan aktiviti yang kami sertai sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami. Wow macam menarik jer bunyinya percutian tu.haha
Siapa 2 orang blogger ni? Siapa lagi kalau bukan Sis Lin dan Sunah Sakura. Ini pun sempat kami bergambar kat Sky Mirror. Tengah tunggu bot nak balik masa ni. Alang-alang tak ada kerja nak buat, bergambar jer lah. Hehe. Sebenarnya banyak lagi gambar lain tapi tak tahu kamera telefon siapa lagi. Yang ni ada dalam telefon Cik Nor. Dapatlah Cik Nor abadikan kat sini. hehe
First jumpa kat makan malam tu lagi tapi kan ramai tak dapatlah nak bergambar sangat. Ada juga bergambar tapi kamera telefon siapa ntah. Padahal kami satu hotel tapi lain lain tingkat itu yang susah nak jumpa. Cik Nor satu bilik dengan geng diorang jugak Ain. Kata jer satu bilik tapi bukan sempat nak selfie ke bergambar ker.haha. Sorry Ain dapat roomate yang kecoh dan kaki sepah macam Cik Nor.haha
Tapi geng media selatan memang havoc dan giler-giler, ada jer cerita yang boleh buat kami gelak. Seronok sangat dapat jumpa korang semua. Bila lah lagi kita nak jumpa tak tahu la. Masa Sis Lin dan Sunah datang Kelantan untuk promosi Visit Kelantan 2020 Cik Nor tak dapat join. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi yer korang.
bestnya jumpa geng2 blog..
ReplyDeleteakhirnya bertemu jugak kita kannn cik nor! tapi masa ke kelantan baru2 ni tak sempat pulak nak berjumpa...alahai! insya'Allah next time nak ke kelantan jalan2 lagi kita gitau cik nor!
ReplyDeletewaalaikumussalam. alhamdulillah. ukhwah yg terjalin di alam maya bertambah erat ^_^
ReplyDeleteseronoknya jumpa blogger...
ReplyDeleteBertemu di dalam nyata mesti berbeza dalam dalam sober.
ReplyDeleteHarap ukhuwah diteruskan.
Semoga ukhuwah berpanjangan
ReplyDeletemakin ramai kenalan blogger cik nor..
ReplyDeleteseronoknya dia buat xtiviti jenjalan. pas tu jumpa blogger2 lain. kita jeles. next time, letak nama kita sekali tau..haha
ReplyDeleteSeronok bila dapat berjumpa rakan blogger kan Cik Nor..
ReplyDeletewah. menarik.
ReplyDeleteaida x pernah gi apa2 event dgn blogger.
peluang dan ruang xde, cik nor.
heboh dgn rutin harian yg tak pernah abis.
cik nor if dtg melaka, roger aida ye. kita coffee coffee.
bestla dapat jumpa depan2 nanti kita jumpa pulak ye
ReplyDelete