Makanan Wajib Cari Dan Rasa Bila Ke Kelantan
Assalamualaikum..
Kalau sebelum ini Cik Nor kongsikan tempat-tempat menarik yang wajib korang kunjungi bila datang ke Kelantan tapi kali ini Cik Nor kongsikan makanan yang wajib korang cari dan rasa sendiri keenakannya.
1. Kuih Akok
- Kuih akok merupakan kuih tradisi masyarakat Kelantan. Malah, ia juga sangat popular dan sering mendapat permintaan ramai.Terdapat kuih akok berbentuk bujur, akok bunga yang juga dikenali sebagai akok kemboja serta akok bahulu yang mengikut acuan. Bahan yang digunakan untuk membuat akok ini adalah telur itik, santan dan gula.
2. Budu
- Budu merupakan sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus. Budu ini biasanya dicampurkan dengan hirisan bawang, cili serta perahan limau untuk menghasilkan rasa yang begitu menyelerakan.
Baca juga Senarai Pantai Cantik Di Kelantan
3. Nasi Tumpang
- Nasi Tumpang antara hidangan yang terkenal dan berasal dari Kelantan. Ia dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon. Nasi yang dibungkus mempunyai lapisan berbeza di mana lauknya berada di lapisan lain.Bagi masyarakat Kelantan, hidangan ini digelar Nasi Tupe. Nasi ini dibungkus dengan kemas dan padat di mana isinya terdiri dari telur, serunding, udang atau ikan, sos sambal manis dan timun. Makan ini dahulunya merupakan makanan asas untuk petani di Negeri Kelantan untuk dibawa ke tempat kerja.
4. Nasi Kerabu
- Nasi Kerabu antara hidangan yang sangat popular. Ia merupakan hidangan nasi Melayu, yang menggunakan sayur – sayuran sebagai ulaman. Nasi kerabu berwarna biru, dihidang bersama sayur taugeh dan kubis mentah. Warna biru ini terhasil dari warna bunga telang yang digunakan.Hidangan ini enak dimakan bersama ikan goreng, ayam bakar, ayam percik, daging bakar, solok lada, keropok, budu dan sambal cili.
5. Laksam
- Laksam merupakan makanan atau masakan daripada negeri Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras. Ia dimakan bersama dengan kuah ikan bersantan.Untuk menyediakan hidangan laksam ini, biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak dengan kaedah mengukus. Apabila mengeras, ia akan digulung sehingga menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan.Kuahnya menggunakan isi ikan seperti ikan selayang atau kembung. Ia juga menggunakan santan dan beberapa bahan lain. Pelbagai sayuran mentah seperti kacang panjang dan taugeh dimakan bersama laksam. Bagi menambah selera, sambal cili turut dimakan bersama.
6. Etak Salai
- Etak atau turut dikenali sebagai Etok-Etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi, yang menariknya adalah ia hanya popular di negeri Kelantan. Saiznya agak kecil dan etak ini biasanya dibakar atau disalai begitu sahaja. Biarpun saiznya yang kecil, namun keenakan serta kemanisan etak ini boleh dikagumi.
7. Kerabu Sare
- Kerabu Sarea ini juga merupakan makanan tradisional Kelantan. Ia menggunakan sejenis rumpai laut yang diolah menjadi satu hidangan dan boleh dimakan bersama nasi putih.Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan kerabu sarea ini ialah rumpai laut bersama sambal tumis, santan dan isi ikan. Walaupun ianya merupakan sejenis kerabu, namun penyediannya agak rumit kerana pelbagai jenis bahan.
8. Kuih Taik Itik
- Kuih Taik Itik bunyinya agak pelik. Namun, ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Maka, dari situlah ia mendapat nama. Kuih ini menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Kemudian, putih telur tersebut akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
9. Kuih Lompat Tikam
- Melihat kepada kuih ini, ternyata ia mempunyai warna yang cukup menarik. Terdapat warna hijau, merah, putih dan coklat pastinya membuka selera anda. Terutamanya pada bulan Ramadhan, kuih ini sering kelihatan di pasar Ramadhan.Kuih lompat tikam ini memberi rasa lemak dan manis. Ia mempunyai dua lapisan berbeza di mana lapisan tepung beras berwarna hijau. Manakala lapisan santan berwarna putih serta sedikit masin.
Singgah baca 4 Lata Yang Menarik Untuk Di Kunjungi Di Kelantan
10. Kuih Cek Mek Molek
- Kuih ini berbentuk bujur seperti bola ragbi. Ia menggunakan ubi keledek dan tepung gandum yang diadun bersama.Ia sering dimakan pada waktu petang sebagai hidangan ringan.
waalaikumussalam. terliuq terus dibuatnya. hehehehe
ReplyDeleteWaalaikumusalam cik nor... sedap2 makanan kelantan... lama xkelik kelate la huhuhu
ReplyDeleteSedap3 belaka
ReplyDeleteI've never really been to Kelantan but what I know is that they're famous with sweet foods. I dunno but that's what I heard. Correct me if I'm wrong.
ReplyDeleteFav nieyl adalah nasi kerabu yumyum...
ReplyDeletesemua sedap2.. dekat terengganu ala-ala nilah kalau ummi balik rumah mertua..akok tu famos
ReplyDeleteYang makan cuma nasi kerabu dengan kuih lompat tikam tu je. Sedap ya amat!
ReplyDeletenasi tumpang tu, lom pernah makan, cik nor.
ReplyDeleteteringin!
Suka nasi kerabu dan laksam.
ReplyDeleteEh nasi air tak termasuk makanan kena cuba ke?
nasi kerabu dan budu tu my favourite food
ReplyDeletenama kuih taik itik tu kemain.. tapi rupa kuih jelita hehe..
ReplyDeletetahun ni plan cuti2 malaysia je insyallah n Kelantan semestinya dalam perancangan..
nak paaw CikNor la.. hehe nanti jgnn buat2 x kenal eh =P