Breaking News

Sinopsis Drama Camelia



Assalamualaikum..

Hari ni Cik Nor kongsikan sinopsis drama slot Samarinda TV3 yang menggantikan drama Cindai. Sinopsis drama Cindai korang boleh baca di sini : Sinopsis Drama Cindai.

Sinopsis Drama Camelia

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki 'split identiti'.


Sinopsis Kampung People

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.


WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Malik
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
Ain Edruce sebagai Marina
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
Qistina Raisah sebagai Marina
Puteri Balqis sebagai Mariam
Redzwan Adha sebagai Malik

7 comments:

  1. banyak da ek cerita pasal personality disorder ni...

    ReplyDelete
  2. Belum sempat nak layan lagi drama ni. Baru 2-3 episod je kan ni. Boleh marathon tengok nanti

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi drama camelia ni..rabia minat sgt diana danielle

    ReplyDelete
  4. kalo dok kg ade tv tengok gak drama.
    balik rumah sndiri xdak tv hehe xtau da pekembangan drama..

    ReplyDelete