Breaking News

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Online


Assalamualaikum..

Hari ni Cik Nor terdetik la nak updates pasal cara nak semak wang tidak dituntut secara atas talian. Cik Nor punya dah berkali check tetap juga tiada rekod. Habis kemanakah duit dalam 3 akaun bank Cik Nor yang tidak tutup akaunnya. Seingat Cik Nor akaun Bank Simpanan Nasional, Bank Bumiputra Commorce (nama lama) dan Affirn Bank (untuk loan PTPTN masa belajar). Bank Simpanan Nasional tu Cik Nor nak buka close account tapi kerani bank tu kata tak perlu la ko lepas ni nak masuk kan apa-apa cek. Cik Nor biarkan lah macam tu sahaja sehingga la ke tahun 2020. Bila  check kat eGUMIS tak ada rekod la pulak. hurmm

Korang yang nak check wang tidak dituntut korang yang lama-lama, kot-kot ada la..hehe. Korang boleh klik : https://egumis.anm.gov.my/ dan korang jangan lupa daftar kat anak panah merah Cik Nor tanda tu. Kalau daftar  yang kat atas sebelah kanan tu memang tak akan dapat sampai sudah la.haha. Daftar kat situ lulus tapi bila time nak log in asyik salah password atau id jer. Haha. Cik Nor dah pernah kena yer. Banyak kali jugak buat, asyik salah password dan id jer. Last sekali tak puas hati godak sendiri dan Cik Nor jumpa jalan penyeesaiannya.haha

Oleh kerana Cik Nor ni jenis tak kedekut ilmu maka Cik Nor kongsikan pengalaman tragis Cik Nor ini dengan korang supaya korang tak jadi macam Cik Nor. Dah siap daftar tu nanti dia akan suruh korang tukar kata laluan baru tau. Ikut jer arahan dia. Mudah jer sebenarnya. Siap tukar kata laluan baru dah boleh log in. Dalam tu ada tulis sebesar alam tempat korang nak check wang tidak dituntut tu. Haha.  Selamat mencuba dan semoga berjaya mendapatkan semula wang tidak dituntut korang tu. Jangan jadi macam Cik Nor, tiada rekod yer.haha

Sebelum ni kalau nak semak BSH kat sini : Bantuan Sara Hidup (BSH) Dah Masuk Ke?

6 comments:

  1. Dh cuba dri beberapa hari lepas tpi websitenya jem...ramai yg nk mnuntut duit agaknya...

    ReplyDelete
  2. sebelum viral ni da pernah cek dulu2...berapa hengget je lah masa tu...haha..so buat dek je...bior la ku dermakan pada bank negara...😆

    ReplyDelete
  3. Thanks share.. Mcm xde je sbb guna satu bank je. Haha

    ReplyDelete
  4. Dah check aritu tapi rasanya ada RM3 je yang belum kena tuntut ni..sedih. Ingatkan adalah dalam ribu-riban :P

    ReplyDelete