Kau Pergi Jua
Assalamaulaikum..
Pada pagi 25 Januari 2020 kami geng blogger dikejutkan dengan berita pemergian blogger Dayang Deno menemui penciptaNYA. Sungguh tidak sangka, arwah tiba-tiba mengilang dari facebook dan perkhabaran terakhir yang diterima agak menyedihkan. Walaupun Cik Nor tidak pernah bersua muka di alam realiti tapi sejak kenal arwah kami sering kali saling berkunjung dan bertukar komen di blog.
Bagi yang tidak tahu, arwah sebenarnya sudah 20 tahun berjuang dalam SLE. Memang dalam entry di blog arwah ada cerita berkaitan SLE ni. Cik Nor selalu mengikut perkembangan arwah semasa hayatnya. Kalau tiada entry baru diblognya bermakna di sibuk menyiapkan doodle atau pun dimasukakan ke wad. Kini tiada lagi updates terkini di blog beliau untuk selama-lamanya.
Hanya kad raya dan stiker berkaitan LUPUS yang masih Cik Nor simpan untuk dijadikan kenangan persahabatan di alam maya. Tiada lagi doodle comel yang dilukis oleh arwah. Apa-apa pun salam takziah buat keluaga Dayang Deno diatas pemergian beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.. al-Fatihah.
Ini lah jawapan kepada persoalan dalam entry Selamat Tahun Baru Cina 2020
Ini entry segmen yang pernah dianjurkan oleh arwah : Segmen LUPUS Awareness Month dan entry Cik Nor terima kad raya dari arwah : Kad Raya Lagi
Semoga Dayang Deno ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
ReplyDeleteSalam Takziah buat keluarganya..
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
agak lama juga tak dengar khabar berita arwah
ReplyDeletealfatihah...
waalaikumussalam. al-fatihah untuk arwah dayang deno
ReplyDeletetakziah untuk keluarga DD walaupun x rapat sangat nak jarang sangat2 berkomunikasi melalui blog. tapi tahu sikit2 cerita dia. insyallah ditempatkan dalam kalangan yang dikasihi.
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Semoga Dayang Deno ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..
ReplyDeleteTakziah buat keluarga beliau..