Breaking News

4 Lata Yang Menarik Untuk Di Kunjungi Di Kelantan

 Assalamualaikum..

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 dan Tahun Melawat Malaysia 2020 jom Cik Nor kongsikan dengan korang antara lata yang wajib korang kunjungi ketika korang dalam ke Kelantan.



1. Lata Berangin

  • Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas.
  • Ianya boleh dikunjungi melalui jalan yang terletak diantara  lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang.Ianya terletak kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.
  • Lata Berangin yang mempunyai air setinggi 120 meter telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.
  • Kolam yang terdapat dikawasan tersebut selamat untuk bermandi-manda. Kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan

  • Terletak kira-kira 27 km dari bandar Kuala Krai dan perjalanan dengan memandu kereta mengambil masa kira-kira 30 minit melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang (8) sebelum bertemu simpang tiga berdekatan dengan Kampung Laloh. Dari simpang tersebut, ke kiri adalah simpang masuk ke Lata Rek iaitu lebih kurang 3 km
  • Merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai.  Menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah, mandi-manda, berehat dan sebagainya lagi. Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana  airnya yang cetek dan bersih, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Kemudahan-kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.

3. Lata Janggut

  • Salah satu daripada kawasan pelancongan yang terdapat di Jajahan Jeli adalah Air Terjun Lata Janggut. Lata Janggut terletak kira-kira tujuh kilometer dari bandar Jeli. Ianya telah menjadi tempat menarik di Jeli kerana keindahan alam semulajadinya yang mampu menarik perhatian pelancong tempatan mahupun pelancong luar.
  • Air terjun ini telah dimajukan oleh Ketua Jajahan Jeli dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan KESEDAR. Terdapat ebberapa kolam mandi yang selamat untuk dijjadikan tempat mandi manda. Kolam ini terbentuk daripada batu batu di jeram itu.
4. Lata Kertas

  • Merupakan taman rekreasi tempatan. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai.
  • Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km.

14 comments:

  1. laa banyak rupanya lata kat kelate..kak ingat ada jeram jah

    ReplyDelete
  2. Cik nor meh la bawak akak pi jenjalan sini...bestnyaaaa ....

    ReplyDelete
  3. next trip nak pergi ke kelantan . Rabia baru tahu ada tempat menarik rupanya dekat sini

    ReplyDelete
  4. Dekat perak pn ade lata.. tp xtau nama ape..mmg femes lata ni..klu jenis yg minat ke air terjun.

    ReplyDelete
  5. Belum dapat pergi lata di Kelantan. Terima kasih kenalkan.

    ReplyDelete
  6. Nanti kalau pergi Kelantan bolehlah singfah kat salah satu Lata yang ada ni

    ReplyDelete
  7. kerek gi klate negeri jiran kito.. keempat empat lata baru tamo kali dengar... lawa lawa plop tuu tepakk..wojib keno gi nih

    ReplyDelete
  8. antara byk2 negeri, tak pernah smpi lg ke kelantan

    ReplyDelete
  9. woww boleh masuk dalam list! encik suami suka nature macam ni!

    ReplyDelete
  10. lata berangin n lata rek tu dekat kampung Sisyat. Sisyat dari Kg Laloh :-)
    Salam kenal. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke? kalau lata rek dah g tapi lata berangin xpernah lagi..hihi..salam kenal kembali..:)

      Delete
  11. tak pernah sampai lg lata semua di atas tu cik nor

    ReplyDelete
  12. Good sharing Cik Nor. Boleh la sesapa yang nak ke Kelantan buat rujukan kot nak cari tempat berkelah.

    ReplyDelete