Kenali Simptom Influenza Dan Cara Mencegahnya
Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam, sakit kepala, batuk tidak berkahak, berhingus atau hidung tersumbat, cirit-birit/muntah-muntah, dan sakit-sakit otot. Batuk boleh berlarutan sehingga dua minggu atau lebih.
Apakah perbezaan di antara influenza & selsema biasa?
Selsema biasa lazimnya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang lazimnya tidak berbahaya dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Influenza juga mempunyai simptom yang sama dan menjejaskan saluran pernafasan atas, tetapi ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk. Virus yang menyebabkan influenza adalah berbeza daripada virus yang menyebabkan selsema, influenza juga berlaku mengikut musim.
Bagaimanakah ia merebak?
Kanak-kanak yang dijangkiti boleh memindahkan virus influenza apabila batuk atau bersin, dan melalui hidung berhingus yang mengandungi titisan virus influenza. Orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menghidu titisan tersebut atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka tersentuh permukaan yang tercemar.
Sekiranya anak anda menghidapi influenza, sampai bilakah beliau berpotensi menjangkiti orang lain?
Selepas 24 jam dijangkiti virus influenza dan lima hari selepas bermulanya simptom. Kanak-kanak yang lemah sistem imun boleh menjangkiti orang lain selama hampir dua minggu. Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menyebar penyakit sebelum mereka sendiri berasa sebarang simptom.
Bagaimana anda boleh melindungi & mencegah anak anda daripada influenza?
Cara terbaik untuk melindungi anak anda terhadap influenza adalah dengan memberi mereka vaksinasi apabila mencapai umur yang sepatutnya (≥6 bulan). Kanak-kanak 6 bulan-3 tahun memerlukan 2 dos dalam tahun pertama mereka diberi vaksinasi. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Adakah vaksin tersebut juga melindungi anak anda daripada selsema biasa?
Tidak, vaksin-vaksin hanya melindungi anak anda terhadap virus atau penyakit yang spesifik. Virus yang menyebabkan influenza dan selsema adalah berlainan jenis.
Apakah pilihan perubatan lain yang terdapat selain daripada vaksinasi?
Ubat antiviral boleh merawat influenza dalam kalangan kanak-kanak terutama mereka yang sakit teruk atau masuk hospital. Ia boleh memberi mereka kelegaan, mempercepatkan proses sembuh dan mencegah komplikasi influenza yang serius. Namun begitu, ubat antiviral memerlukan preskripsi doktor.
Jangan sekali-kali memberi aspirin atau ubat yang mengandungi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang menghidapi influenza. Antibiotik juga tidak membantu kerana ia hanya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria.
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak anda sakit?
Kebanyakan kanak-kanak yang meghidapi influenza akan sakit selama sekitar satu minggu, sejurus itu mereka akan sembuh. Walaupun begitu, dapatkan juga nasihat doktor dan pastikan anak anda berehat secukupnya dan banyak minum air kosong. Ubat antiviral perlu diberi pada awal jangkitan.
Adakah terdapat cara lain untuk mencegah influenza?
Cara terbaik untuk anak anda ialah vaksinasi. Walau bagaimanapun, beberapa tabiat dan amalan kebersihan juga boleh membantu:
- Jauhkan anak anda dari kanak-kanak atau orang lain yang sakit
- Cuci tangan menggunakan sabun dengan kerap
- Jauhkan tangan dari muka
- Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin untuk melindungi orang lain
- Makan secara sihat & galakkan anak anda untuk lebih aktif secara fizikal.
Bilakah patut anda bimbang?
Hubungi doktor dengan segera sekiranya anak anda:
- demam panas yang berlarutan
- sukar bernafas atau nafas pendek
- kulit bertukar menjadi biru
- sukar minum air
- kelihatan keliru atau mengalami sawan
- mengalami simptom yang berulang
- mempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid, dll)
Bolehkah anak anda pergi ke sekolah?
Tidak, elak daripada menyebarkan virus, lebih baik mereka duduk di rumah dan berehat. Biarkan anak anda duduk di rumah sehingga suhu badannya normal melebihi 24 jam. Suhu badan sihat bagi kanak-kanak ialah 37 – 37.2°C. Demam ditakrifkan sebagai suhu badan 37.8 °C atau lebih.
Korang juga boleh baca Apa Itu Hepatitis B?
Saya risau dengan wabak influenza ni sebab selalu terdedah dengan orang ramai di sekolah..
ReplyDeleteHusband ummi pernah kne influenza a. Alhamdulillah anak ummi xkne..dlm rumah ummi suh husband ummi pakai mask 24 jam.n kurangkn kontek dgn anak..huhuhu..mmg smgu sakit2 bdn. Dpt cuti kuarantin.. org besar pn sakit bdn+ kepala..klu anak kecil lg risau..mmg kne g klinik ambik ubat influenza
ReplyDeleteKak Feni baru jer dok google pasal influenza ni. Rasa macam nak pergi vaksin je anak-anak. Vaksin lepas raya cina ni baru ada stok. Semoga kita semua dijauhi dari perkara yang tak baik.
ReplyDeleteSuami saya belum balik lagi walaupun dah pukul 10.30malam sebab siasat kes influenza ni. Semoga kita semua dilindungi daripada terkena jangkitan penyakit yang pelik2 muncul sekarang kan..aamiin
ReplyDeletebagus infonya. semoga terhindar penyakit berjangkit ini.
ReplyDeleteMusim skrg ni take care ye
ReplyDeleteZaman skrg ni, kena lebihkan pemantauan diri sendiri, anak-anak serta keluarga
ReplyDeletejadi takut plok nok keluar rumah bawa anak huhuu
ReplyDeleterisaunya.. mtk jauh dr kita sume.. ='(
ReplyDeleteassalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...
ReplyDeletetake care semua
ReplyDeleteTakutnya kan.. Semoga cepat berlalu musim penyakit begini..
ReplyDelete