Remoka - Sambal Goreng Budu Tersohor Di Kelantan
Assalamualaikum..
Kali kedua kot Cik Nor dengar pasal sambal goreng budu ni. Kali pertama Cik Nor dengar masa Bengkel Keusahawan yang dianjurkan oleh syarikat telekomunikasi Digi. Oleh kerana tak kenal sangat owner dia maka Cik Nor ignore jer lah pasal sambal goreng budu ni. Dalam hati siap kata, aku tak makan budu buat apa nak ambik tahu.haha.Jahat punya perangai Cik Nor. Lagi pun masa bengkel tu Cik Nor kat depan sebagai media dan owner dia sebagai peserta dan dok kat belakang. Itu yang malas nak pusing belakang sebab full dewan masa tu.
Kali kedua dengar bila jumpa sendiri dengan owner dia masa kami sama-sama menerima jemputan dari Tourism Malaysia untuk ke program mereka selama 3 hari ke Kuala Lumpur. Mula-mula jumpa tu dia tak adalah nak cerita sangat pasal sambal goreng budu ni, sehinggalah hari nak balik tu dia bagi sorang satu pek mudah dibawa ke mana-mana sorang satu untuk dicuba. Dah lama sebenarnya balik dari Kuala Lumpur tapi hari baru sempat cuba sambal goreng budu ni.
Jangkaan pertama Cik Nor, mesti sambal ni bau budu kan? Opss..first impression Cik Nor silap kerana tiada sedikit pun bau budu dan rasanya tiada rasa budu. Kalau Cik Nor yang dah lama tak makan budu ni boleh hadap sorang-sorang satu pek tu apalagi korang yang memang langsung tak makan budu. Kenapa Cik Nor kata macam tu sebab sambal ini dihasilkan dengan cara memasak yang agak lama untuk memastikan sambal ini berkualiti tinggi. Sambal goreng budu ini terhasil apabila bahan-bahan seperti ikan, bawang merah goreng, cili padi hijau dan budu diadun selama lebih kurang 12 jam. Lama betul nak buat sambal goreng budu ni patut bila kita makan rasanya sedap sangat.
Sambal goreng budu ni sesuai dimakan dengan apa sahaja. Bagi korang yang malas masak macam Cik Nor ni, makan dengan nasi panas-panas pun boleh bertambah tau. Selain itu korang boleh makan sambal goreng budu ini dengan lempeng, bubur nasi, roti, nasi impit, laksa, pulut dan macam-macam lagi mengikut citarasa yang korang inginkan. Ratah macam tu pun boleh jugak.hihi. Tapi awas, sambal goreng budu pedas jugak.hehe
Sambal goreng budu ni didatangkan dalam 2 variasi. Satu dalam pek mudah bawa dan satu lagi dalam botol. Bagi korang yang suka travel dan tak suka sangat makan kat luar boleh la bawa sambal goreng budu ni sebagai penambah selera makan korang. Korang perlu ada nasi, telur dan sambal goreng budu ni dah cukup untuk buat korang makan tak ingat dunia. hehe.
Membebel panjang-panjang tak ada guna kalau korang tak cuma sendiri sambal goreng budu ni yang dah masuk pasaran Singapura dan Thailand. Kata owner nya sambal goreng budu ini akan memperluaskan sayapnya ke luar negara sikit masa lagi. Ke mana nanti..tunggu. Korang jangan risau lah sebab produk ni dah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM, MESTI, dah masuk paper, masuk tv dan paling penting ia merupakan produk Inovasi pertama di Kelantan.
Kalau tak nak cuba lagi memang Cik Nor tak tahu nak cakap apa la. Bagi korang yang terasa nak cuba dan rajin nak jadi ejen/stokis cepat hubungi :
atau lawati :
tak pernah pulak rasa sambal goreng budu ni che norrr...
ReplyDeletetry la wani..produk klate kito ni.sedapp..:)
DeleteBila baca tajuk ingatkan macam budu yang dalam botol tu.
ReplyDeleteTapi sambal dah ready mate ya boleh makan terus Mrs. A nampak macam serunding pun ya jugak tu
ha ah..mcm serunding..sedap sgt mkn dengan nasi panas2..:)
Deletetak pernah pulak rasa sambal goreng budu.
ReplyDeleteKalau budu goreng pernah try, geng universiti bawak yang mak dia buat
jom la try han..mana thu lps ni blh jadi ejen plk..:)
DeletePertama kali dengan sambal goreng budu. Unik!
ReplyDeleteunik dan sedap..jom cuba..:)
Deleteinovasi baru ni.. xde lagi dengar sambal goereng budu. Bijak btl usahawan ni
ReplyDeleteha ah ina..kna cuba ni..sedap..:)
Deletesedapnya,pertama kali tengok sambal budu che nor.nanti boleh cuba.unik.
ReplyDeletejom cuba nuna..sedap ni..:)
Deletecik nor tak makan budu?hmmm..pelik ni sbb orang kelantan & budu, bff gitu..
ReplyDeletehaha..memang dah lama xmkn budu fieza..elergik..hihi
DeleteBerkeroncong pulak bila tgk sambal ni..
ReplyDeletejom la cuba..sedap ni..:)
Deletemacam sedap..nok beli getek eh
ReplyDeletewow smbal goreng pun ada. ray budu pun tak pernah rasa haha
ReplyDeletefirst time tengok sambal goreng budu...macam mana la rasa dia ekk...belanja sesudu pliss
ReplyDeleteuish xpernah lagi dengar ni pertama kali dengar.. nanti boleh cari kita try gak la...
ReplyDeleteWalaupun sy org kelantan tpi xpernh tau ttg produk ni. Hahaha
ReplyDeletewah.. ada sambal goreng budu ye.. menarik untuk dicuba..
ReplyDelete