Breaking News

Resepi Kerabu Kacang Botol

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Hari ni terasa rajin nak kongsi resepi mudah dengan korang. Korang macam tak kenal dan tak tahu resepi Cik Nor, campak-campak janji sedap. Hah..giteww. Masak ni kalau ikut resepi sangat tak sedap jugak tapi kalau ikut sedap hati memang umphh la orang kata. Eh..betul ke Cik Nor ni.haha. Tapi korang yang dah pandai masak tu jangan tiru resepi Cik Nor pulak. Takut tak sedap pulak masakan korang tu. Hihi.

Hari ni Cik Nor nak kongsi Resepi Kerabu Kacang Botol. Korang tahu kan kacang botol? Kalau tak tahu sila google.haha. Jomla kita tengok bahan-bahannya.

Resepi Kerabu Kacang Botol

Bahan-bahannya :

1. Kacang botol 500gram
2. 1/2 kelapa parut (diambil dari sebiji kelapa dan di goreng sehingga kekuningan)*
3. 4 ulas bawang merah*
4. 3 ulas bawang putih*
5. 5 batang serai*
6. Sedikit halia*
7. 5 ekor ikan temenung (direbus dan di asingkan isi dan tulangnya)*
8. Garam, gula & penambah perisa secukup rasa)

Korang boleh cuba juga Resepi Sambal Mangga Muda

Cara membuatnya :

1. Kacang botol yang telah siap dicuci, di hiris halus seperti korang ingin membuat kerabu yang lain. Ketepikan dahalu apabila siap dihiris.

2. Tumbuk semua bahan yang bertanda * dihujung ayat. Bahan-bahan yang telah siap ditumbuk di masukan ke dalam bekas yang berisi kacang botol yang telah dihiris tadi.

3. Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan garam, gula dan penambah perisa sehingga korang dah cukup sedap untuk dimakan. Gaul sekali lagi dann cuba..dah siap..:)

4. Kerabu kacang botol ini sedia untuk di makan. Makan dengan nasi sahaja pun sedap. Selamat mencuba.

*Cik Nor tak gunakan kelapa mentah dan santan supaya kerabu ni tahan lama dan tidak mudah basi.


11 comments:

  1. feveret aida ni!!!
    byk byk kerabu, yg kacang botol la paling minat.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. feveret sangat kacang botol. makan saja buat ulam pun sedap. nyummmm

    ReplyDelete
  3. Sedap-sedap, nieyl penah makan..kakak nieyl buat...

    ReplyDelete
  4. sedapny.. kruk krak klu gigit kacang botol,

    ReplyDelete
  5. sedap la make kalu kerabu gak pd bule posa nanti.

    ReplyDelete
  6. ambe berehi niiii...nnoktanam la pokok kacang botor hehehe

    ReplyDelete
  7. rabia tak pernah makan lagi kerabu kacang botol ni

    ReplyDelete
  8. lama tak makan kerabu ni sbb x ramai yg jual nk buat mmg x laa hahaha

    ReplyDelete
  9. dulu x reti makan hehe tapi sejak makin menua ni slera len maciam haha..
    suka pulak krabu2 ni tp kalo pedas sngt tmo..

    ReplyDelete
  10. Sedap kerabu ini.. my feveret.. hehehe

    ReplyDelete