Resepi Gulai Daging Bersama Kentang
Gambar dari pakcik google
Musim perayaan macam ni mesti korang nak cari resepi yang simple untuk dimasak kepada tetamu yang berkunjung ke rumah. Setiap hari mesti nak bertukar menu tapi buntu nak masak apa. Jom Cik Nor kongsi resepi Gulai Daging Bersama Kentang.
Resepi Gulai Daging Bersama Kentang
Bahan-bahan di perlukan :
1. 1/2 kg daging
2. 3 sudu besar rempah cap orang terbang
3. 2 sudu kecil kari daging Baba's
4. 7 ulas bawang merah
5. 1 biji bawang besar holland
6. 4 ulas bawang putih
7. sedikit halia
8. sedikit lengkuas
9. sedikit cili kering
10. santan yang diambil dari sebiji kelapa
11. Kayu manis, bukan lawang, buah pelaga dan cengkih
12. asam keping
13. cili hijau
14. kentang
15. kerisik
16. minyak
17. gula, garam, gula melaka & perisa secukup rasa
Cara-caranya:
1. Daging direbus terlebih dahulu.
2. Kisar bahan-bahan no. 2 hingga no. 9 dengan sedikit air supaya ia tidak cair.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
5. Masukkan daging bersama air rebusannya. Kacau supaya semuanya sebati bersama daging tadi.
6. Setelah mendidih dan semuanya sebati, masukkan santan dan juga kerisik.
7. Masukkan asam keping, cili hijau yang telah dipotong panjang dan juga kentang.
8. Akhir sekali perisa kan gulai dengan garam, gula, gula melaka dan perisa.
9. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidang.
Gulai daging ini sedap dihidangkan bersama acar timun, sambal limau kasturi dan ikan masin goreng. Memang bertambah lah korang makan. hehe. Selamat mencuba. Nanti Cik Nor kongsi resepi acar timun Kelantan yer.
Sedap !! Kita suka gulai ni
ReplyDeletewow sedapnya
ReplyDeletesedap ni cik nor,takde lauk lain pun takpe..tapi kan..kalau ada ikan masin buat tambahan,lagi sedap
ReplyDeletesedap ni.. baru jer makan lauk ni,jiran bagi dengan nasi minyak
ReplyDeletelayan kalau dpt lauk ni..
ReplyDeleteuii buleh try resipi ni!
ReplyDeletesedapnyaaa. mahu bertambah 3 pinggan ni! hahaha
ReplyDeletesy suka kari mcm ni... x suka yg pekat2 sbb x leh nk hirup hehe
ReplyDeletegulai ni, sini panggil kari, kan :)
ReplyDelete