Breaking News

Bengkel Digital Membantu Mengembangkan Perniagaan Usahawan Kecil Sederhana

Assalamualaikum 

Setiap orang ada pelbagai cara untuk menambah pendapatan ekonomi keluarga atau diri sendiri. Tak kiralah perniagaan itu kecil, sederhana atau besar , semuanya dapat menjana pendapatan. Macam Cik Nor sekarang sudah bekerja sendiri. Cik Nor mula berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan membuat dan menerima tempahan kuih-muih tradisional. Cik Nor tak berani nak cakap setiap hari memang ada tempahan, tapi itu tak bermakna Cik Nor cuma akan buat kuih muih tu berdasarkan tempahan. Tak kira ada tempahan atau tidak, Cik Nor akan buat kuih muih dan hantar ke kedai-kedai makan di mana Cik Nor letakkan kuih muih tu.


Korang pernah terfikir tak bagaimana untuk memngembangkan perniagaan korang. Walaupun bukan di peringkat antarabangsa tapi dalam Malaysia, sekurang-kurangnya dalam negeri tempat korang tinggal tu sahaja pun kira dah berjaya sangat. Tak kira apa perniagaan pun, ianya penting untuk mencuba pelbagai cara supaya boleh mempromosi perniagaan korang itu supaya lebih dikenali ramai. 


Bila Cik Nor sebut pasal cara promosi tu mesti dalam fikiran korang kata, eh mana ada modal banyak nak buat promosi bagai. Banyak nak kena guna duit kalau nak kena buat promosi ke seluruh negeri pulak tu. Hah..meh la sini Cik Nor nak ajak korang ke satu bengkel yang akan mengajar korang cara untuk mengembangkan perniagaan kecil korang tanpa sebarang yuran. Mesti korang tak nak lepaskan peluang keemasan ini



Bengkel SME Percuma 

My Digital SME Workshop merupakan bengkel untuk membantu Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) untuk memodenkan perniagaan mereka dan mendapat tempat diperingkat global. Bengkel singkat ini akan dihadiri oleh penceramah hebat oleh Rev Asia, Shopee, Google by Mahir Digital & Facebook by Avana. 



Topik Menarik? 

Antara perbincangan yang akan diulas atau dibincangkan pada bengkel tersebut ialah : 

1. Merancang kandungan dalam facebook atau instagram untuk mudah difahami atau di kenali oleh pelanggan korang. 

2. Ketahui cara pembelian iklan digital menerusi laman sosial dan meningkatkan jenama perniagaan korang ke peringkat global. 

3. Bagaimana SME dapat memanfaatkan pelan Digi untuk membawa perniagaan korang menjadi lebih dikenali ramai di laman social seperti facebook, blog, instagram dan sebagainya.

Hah, korang dah bacakan siapa para penceramahnya dan apa yang akan dibincangkan nanti. Sungguh menarik bengkel ini. Dah la percuma, penceramah yang dipanggil untuk memberi ceramah pun bukan calang-calang orangnya. Tersangatlah rugi kalau korang lepaskan peluang keemasan yang hanya datang sekali. Bagi korang yang berminat untuk mengembangkan perniagaan korang, jangan lupa temujanji kita pada :


My Digital SME workshop Kota Bahru 

Tarikh : 7 September 2019 Tempat : Hotel Grand Renai, Kota Bahru 

Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang 

Nota : Jangan lupa bawa bersama telefon pintar dan juga power bank 

Yuran : Percuma 

Segala penerangan terperinci telah Cik Nor kongsikan pada korang. Bagi korang yang berminat dan ingin perniaagan korang berkembang dan maju ke peringkat global ayuh sama-sama kita mendaftar. Tempat adalah terhad, siapa cepat dia dapat!

Untuk maklumat lanjut : 

Laman Web : http://bit.ly/2lytw4A

Borang Pendaftaran Online : http://bit.ly/2lylN6A

9 comments:

  1. great sharing
    semoga murah rezeki selalu sis

    ReplyDelete
  2. wah..percuma..
    bagus amek peluang cmnie...

    ReplyDelete
  3. peluang dah terbentang depan mata. apa lg? grab lah cepat! nak berbisnes ni kena ada ilmu yg betul. kalau berniaga saja x de ilmu, smpi ke sudah laa x berjaya. org lain berniaga 2-3 thn da jd jutawan tp kita masih ditakuk lama...

    ReplyDelete
  4. bestnye....semoga maju jaya...

    PS: rietta pun bru 2-3 kali makan...

    ReplyDelete
  5. menarik sungguh ini...

    moga terus sukses dan konsisten menjana pendapatan

    ReplyDelete
  6. Semoga memudahkan mereka yang nak mengembangkan perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  7. waaa bestnya ciknor, siap ada kedai makan boleh dihantar kuihnya tu....nak sikitttt rasa!

    ReplyDelete
  8. Entry yang menarik..good sharing cik nor

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang bagus. ramai yang tak tahu sebenarnya wujud peluang macam ni :-)

    ReplyDelete