Sky Mirror Kuala Selangor
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..selesai sudah program hari pertama, kini menunggu program untuk hari ke 2 pula. Kemanakah kami hari ini? Tunggu dan baca entry sehingga habis. Hehe. Susppen gitu. Tak adalah suspen mana pun. Kami ke Kuala Selangor dan satu hari kami kat sana. Seawal pukul 6.30 pagi kami breakfast kerana bas kami akan bertolak ke Kuala Selangor pukul 7.00 pagi. Penat malam tadi pun tak hilang lagi tapi enjoy weh. Bila lagi nak berjimba macam ni kan. Destinasi pertama kami ialah lah ke Sky Mirror. Kami terpaksa bertolak awal kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor memakan masa hampir 2 jam dan kami juga mengejar masa untuk ke tengah laut sementara air surut.
Sebelum Cik Nor bercerita dengan lebih lanjut aktiviti apa aktiviti kami kat sana, jom Cik Nor terangakan secara ringkas apa itu Sky Mirror. Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysia dan merupakan tarikan paling terbaru di Kuala Selangor. Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Bagi peminat fotografi , anda tak perlu lagi habiskan duit travel ke luar negara semata-mata untuk mendapatkan seni foto Salar de Uyuni.
Tempat ini sebenarnya baru saja popular di kalangan pelawat. Ianya tak jauh dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor, sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina. Dalam bahasa cina, mereka menyebutnya “Shasha Lan”. Jadi kita terjemahkannya dalam bahasa melayu menjadi “Sasaran”.
Fenomena Salar de Uyuni di Sasaran ini tidak selalu berlaku kerana ia sebenarnya sebuah kawasan pantai. Ianya hanya terjadi 6 hari pada setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat Cina iaitu pada pertama, ke-2, 14, 15, 16 dan 30. Kalau anda tak pasti berapa haribulan mengikut kalendar Masihi, boleh buat rujukan di Google. Waktu berlaku air surut ini antara pukul 10.30 - 11.00 pagi. Untuk datang ke sini, anda perlu naik bot lebih kurang 30 minit dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor.
Bagi yang nak datang menyaksikan sendiri keindahan panorama Salar de Uyuni versi Malaysia, pastikan anda bawa bekalan makanan seperti roti dan air mineral. Tandas juga agak sukar didapati di kawasan pantai seperti ini. Di kawasan perkampungan nelayan pula agak susah untuk cari restoran makanan Melayu. Mungkin anda terpaksa tangguhkan seketika waktu makan tengah hari anda. - Sumber : http://www.mdks.gov.my
Sebelum ni Cik Nor tengok jer kat facebook rakan-rakan blogger dan rakan media datang ke sini untuk merakam gambar yang cantik dan unik. Dalam hati dok berzikir bila lah aku nak sampai kat sini jugak. Alhamdulillah..Allah dengan luahan hati Cik Nor itu. Akhirnya Cik Nor sampai juga ke Sky Mirror Kuala Selangor ni. Betapa teruja nya bila dapat sampai ke sini. Perjalanan kami ke tengah laut iaitu ke Sky Mirror ini mengambil masa 30 minit.
Sampai-sampai sahaja, pengunjung telah pun membanjiri tempat tersebut. Lihat betapa terujanya mereka ingin menikmati kejadian alam yang jarang-jarang ada di mana-mana pantai di Malaysia. Apa yang pasti gambar yang diambil oleh fotografer memang cun weh. Nasib kami kurang baik sikit hari tu kerana air laut tak sejernih hari biasa kerana hari sebelum tu pantai Kuala Selangor ini ditimpa hujan. Tapi kami tak ada lah frust sangat kerana gambar-gambar yang kami dapat memang terbaik.
Korang boleh tengok sendiri gambar -gambar yang Cik Nor akan kongsikan disini. Nak mendapatkan gambar yang cun dan menarik ini bukan nya mudah weh. Mula-mula pasir akan diratakan dan korang kena tahan air dari masuk ke tempat yang korang ratakan itu. Air yang banyak akan menghasilkan gelombang-gelombang halus yang boleh mencacatkan kesan pantulan pada gambar yang korang ambil tu. Eh.. betul ke macam tu? Lebih kurang macam tu rasanya, tempat untuk kita possing macam kat dalam studio lah jugak yer. Kena hias backdrop cantik-cantik baru lah gambar yang diambil tu kebabom.
Eh, panjang nau Cik Nor berceloteh, tapi korang mesti teruja kan nak datang sini bila tengok gambar-gambar cantik yang akan Cik Nor kongsikan ini. Korang berminat nak datang sini? Apa kata korang hubungi :
SKY MIRROR TOUR & TRAVEL SDN BHD
Jeti Sky Mirror Kuala Selangor, Jalan Sultan Mahmud
Kuala Selangor, West Malaysia
45000 Selangor
No. Tel : +60105091007
Email : skymirrortour@gmail.com
Website : http://skymirrortour.com/
No. Pendaftaran Perniagaan : Nr. 1189878 - K
Sky Mirror Tour menawarkan harga tiket mampu korang bayar iaitu :
Warganegara Malaysia : Dewasa = RM80.00 & Kanak-kanak = RM60.00
Bukan Warganegara Malaysia : Dewasa = RM120.00 & Kanak-kanak RM100.00
Harga tiket ini termasuk tambang bot, insurans, nasi lemak, snack, air mineral & tour guide (photographer). Berbaloi bukan dengan harga yang korang bayar. Baik booking cepat, nanti jeles tengok Cik Nor possing macam tunggul kayu tu. Haha. Bila sebut tunggul kayu teringat cerita masuk tv dulu..kihkih.
Eh-eh..Cik Nor dah sampai kat Sky Mirror ni, korang bila lagi. Rugi tau tak datang sini, tempat ni cantik kalau nak abadikan gambar bersama keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Tunggu apa lagi jom la kita serbu Sky Mirror Kuala Selangor ni.
SKY MIRROR TOUR & TRAVEL SDN BHD
Jeti Sky Mirror Kuala Selangor, Jalan Sultan Mahmud
Kuala Selangor, West Malaysia
45000 Selangor
No. Tel : +60105091007
Email : skymirrortour@gmail.com
Website : http://skymirrortour.com/
No. Pendaftaran Perniagaan : Nr. 1189878 - K
Sky Mirror Tour menawarkan harga tiket mampu korang bayar iaitu :
Warganegara Malaysia : Dewasa = RM80.00 & Kanak-kanak = RM60.00
Bukan Warganegara Malaysia : Dewasa = RM120.00 & Kanak-kanak RM100.00
Harga tiket ini termasuk tambang bot, insurans, nasi lemak, snack, air mineral & tour guide (photographer). Berbaloi bukan dengan harga yang korang bayar. Baik booking cepat, nanti jeles tengok Cik Nor possing macam tunggul kayu tu. Haha. Bila sebut tunggul kayu teringat cerita masuk tv dulu..kihkih.
Eh-eh..Cik Nor dah sampai kat Sky Mirror ni, korang bila lagi. Rugi tau tak datang sini, tempat ni cantik kalau nak abadikan gambar bersama keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Tunggu apa lagi jom la kita serbu Sky Mirror Kuala Selangor ni.
dh tgk dkt tv ari tu mmg ctk tmpt ni
ReplyDeleteBestnya..
ReplyDeletemenarik imej2 dalam blog ..luar biasa
ReplyDeleteWahhhhbestnya ciknor
ReplyDeletekita yang kat KL ni pun x pernah sampai lagi kat sini cik nor. duk tgk je orang share gambar2 dorang posing kat sini. memang cantik n kebabom view dia. terfikir gak macamana nak dptkan gmbr macam tu. kena pi sendiri n experience baru tau macamne nk dpt gmbr yang wow macam cik nor ni.
ReplyDeletekat sini memang cantik..lagi2 kalo dah jadi gambar..hehe
ReplyDeleteatotooo comelnya gambar uyang dinasour tu. macam jumanji pula yee hahaha tibee
ReplyDeleteBestnya..dah lama teringin nak pergi. Belum kesampaian lagi. Lawa gambar bila amek kat sky mirror ni
ReplyDeleteala, napa baru sekarang dapat tau..Hmmm, nampak gayanya nak kena tggu bsalin dulu dan kna tunggu anak besar laa baru boleh datang sini.Huhu... malam ni mimpi jelah dapat masuk kesini. Hihi..
ReplyDelete