Breaking News

Sihat, Menawan Dan Memukau | SAFI BALQIS OxyWhite



Assalamualaikum..

Siapa pengguna safi? Ok kita geng..hehe. Cik nor memang pengguna tegar safi. Pencuci muka, ubat gigi, krim muka dan shampoo rambut. Semuanya safi lah. Kadang-kadang tu berus gigi pun safi sebab beli ubat gigi dapat percuma berus gigi.hihi.Pendek kata kalau boleh semuanya nak guna jenama safi. Safi balqis ada produk baru tau.

Siapa nak tahu apa produk-produk tu.. jom baca sedikit penerangan yang Cik Nor dapat dari  Safi Malaysia.




Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabunganNano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.




“Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap.

Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)



1)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek          : 50g/ 100g
RCP                : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)

Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a)                  Membersih jauh ke dalam liang pori
b)                  Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c)                  Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d)                 Sesuai untuk semua jenis kulit





2)                  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Saiz Pek          : 100g
RCP                : RM 12.90 (selepas 6% GST)

Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
a)                  Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
b)                 Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan       sebum yang terperangkap
c)                  Dirumus dengan pH seimbang
d)                 Sesuai untuk semua jenis kulit



3)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Saiz Pek          : 150ml
RCP                : RM17.40 (selepas 6% GST)
Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:
a)        Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil       mengecilkan pori
b)          Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
c)                Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
                                 Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


4)                  SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek          : 20ml
RCP                : RM28.10 (selepas 6% GST)
Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
a)                  Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
b)                  Memudarkan pigmentasi secara mendalam
c)                  Menyamaratakan tona kulit muka
d)                 Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
e)                  Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
f)                   Melembut dan menghidrasi kulit



5)                  SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek          : 100ml
RCP                : RM10.90 (selepas 6% GST)
 
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:
                      a)       Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b)        Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c)       Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa           alkohol



6)                  SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++ 
            Saiz Pek          : 20g 
            RCP                : RM 21.70 (selepas 6% GST) 
    Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur     ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak: 
a)                  Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
b)                  Mencerahkan kulit serta merta
c)                  Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
d)                 Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
e)                  Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
f)                   Melembap kulit wajah
g)                  Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak





7)                  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
Saiz Pek          : 45g
RCP                : RM 20.20 (selepas 6% GST)

Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
a)                  Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b)                  Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
c)                  Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
d)                 Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e)                  Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
f)                   Menghaluskan kulit
g)                  Menyaramatakan tona kulit



8 )                  SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek          : 45g
RCP                : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a)       Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b)      Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c)       Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d)      Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e)      Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam


9)                  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
Saiz Pek          : 40g
RCP                : RM14.90(selepas 6% GST)
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
a)         Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
b)         Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
c)         Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
d)         Mengurangkan pembentukan bintik hitam
e)         Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
f)         Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak


10)                  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
Saiz Pek          : 16g
RCP                : RM8.60 (selepas 6% GST)
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
a)         Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
b)         Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
c)         Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
d)         Menyamaratakan tona kulit


11)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan
Saiz Pek          : 200ml
RCP                : RM17.40 (selepas 6% GST)
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
a)        Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
b)        Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik
c)        Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif


Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)

12)                  SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
Saiz Pek          : 50g/ 100g
RCP                : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)
Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untukkulit berminyak ini bertindak:
a)        Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b)        Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c)        Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d)        Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


7)                SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
Saiz Pek          : 150ml
RCP                : RM17.40ml (selepas 6% GST)
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
a)        Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b)        Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
c)        Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum
d)        Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
e)         Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka


13 )                  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
Saiz Pek          : 15g
RCP                : RM11.90 (selepas 6% GST)
Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:
a)        Sebagai rawatan intensif anti jerawat
b)        Menghalang pembentukan bintik hitam
c)        Memudarkan parut jerawat
d)        Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
e)        Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
f)        AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria

Untuk maklumat lanjut jangan lupa lawati facebook, instagram dan yotube seperti yang tertera di bawah. Kalau berkenan jangan lupa grab tau.Murah dan berbaloi..:)

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

11 comments:

  1. dah jatuh cinta balik dengan safi.. Set ni memang best...

    ReplyDelete
  2. packaging safi skrg dah bertambah cantik banding dulu... nampak mesra pengguna ;-)

    ReplyDelete
  3. nieyl pun pakai produk rangkaian safi...

    ReplyDelete
  4. wah...cik nor, mmg pengguna setia Safi ni..semua SAFI..good2..setia pada 1 produk je..

    ReplyDelete
  5. Yelah... hakak pun guna Safi jugak Cik Nor tp Safi yg gold tu

    ReplyDelete
  6. Macam-macam produk safi sekarang nie.

    ReplyDelete
  7. safi ini memang favourite neeza sejak zaman sekolah huhu

    www.neezalife.com

    ReplyDelete