Breaking News

Resepi Gerodok Telur


Resepi Gerodok Telur


Bahan-bahannya: 

1. 250 ml pati santan - dari 1 biji kelapa (nak guna santan kotak pun boleh)
2.  125 g gula Melaka - dihiris nipis-nipis (ikut tahap kemanisan yang korang mahu)
3. 5 biji telur 
4.  2/3 helai daun pandan 
5. 1/2 camca garam 
6. Sedikit minyak 


Cara membuat: 
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan ramas sehingga gula Melaka hancur. 
(Nota : Jangan guna pemukul telur). Kacau perlahan-lahan. 
2. Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang korang inginkan dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. 
3. Sedia untuk dihidangkan.

7 comments: