Breaking News

Korang Simpan Tak Resit Lepas Ambil Duit?


Assalamualaikum..

Sejak-sejak bulan puasa ni mood menulis kat blog memang betul-betul ke laut. Bukan salah bulan puasa tapi tuan blog yang malas sebenarnya.haha. Malam ni Cik Nor paksa jugak otak ini untuk berfikir dan menulis kat blog ni. Ermm..agak-agak siap tak satu entry malam ni?hehe

Hari Isnin sebelum pergi kerja Cik Nor belek la beg duit Cik Nor naper la macam full sangat. Nak tutup pun macam sukar jer. Ingat duit yang berkepuk tapi bukan duit yang berkepuk. haha. Resit yang Cik Nor simpan lepas ambik duit kat mesin ATM. Cik Nor jarang buang resit tu kat dalam tong sampah yang disediakan. Cik Nor simpan jer dalam beg duit.

Banyak tak banyak tu lah hasilnya. Bila check balik setiap helaian resit tu dan tengok tarikhnya. Ya Allah, yang tahun 2014 pun ada lagi Cik Nor simpan. Apa motifnya Cik Nor simpan tak tahu lah. Yang pasti Cik Nor lupa nak buang jer.haha. Cik Nor kalau resit-resit berkaitan dengan bank jarang buang merata. Tong sampah kat rumah la tempatnya. Kalau tong sampah kat rumah tempat akhir ialah tempat pembakaran, jadi selamat lah butiran-butiran yang ada dekat resit tu. 

Kalau korang bawak balik macam Cik Nor atau buang jer dalam tong sampah yang disediakan? Bagi korang yang mana lebih selamat? Eh, Cik Nor ni nak jaga sangat resit tu kenapa? Macam la duit dalam bank dia tu kepok-kepok..hehe. Bagi Cik Nor duit banyak atau sikit tak penting yang penting kerahsiaan maklumat akaun bank kita dilindungi. Ada sesetengah orang tu, tinggal macam tu jer resit lepas dapat duit. Korang macam tu jugak ke? Cik Nor tanya jer..hehe

23 comments:

  1. Kalaulah resit tu adalah duit yang CikNor dok keluarkan dari tahun 2014, mau happy je tengok. Bukak2 dompet ada banyak duit, ui seronok

    ReplyDelete
  2. Tak simpan.. Selalu buang dalam tong sampah lepas pastikan amaun dalam resit dengan duit yang keluar sama..

    ReplyDelete
  3. saya simpan..tapi dah banyak-banyak, buanglah
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. saya selalu simpan hehe

    ReplyDelete
  5. selalu lepas tengok terus buang je cik nor..jarang simpan

    ReplyDelete
  6. selalunya jadi habit sminggu skali akan check purse buang yang tak patut. hehe tapi lawak la akak yang tahun 2014 ade lagi =P

    ReplyDelete
  7. hehe tak pernah simpan. sbb biasa dah boleh tgk online kan baki brapa

    ReplyDelete
  8. simpan kejap pastu bila kemas wallet buang habis dah haha :)

    ReplyDelete
  9. mcm saya simpan dulu...kalau dh penuh sgt baru la nak 'housekeeping'..hahah

    ReplyDelete
  10. Kita simpan je dulu. Tapi lama-lama buang juga la hehe

    ReplyDelete
  11. mula-mula simpan... dah kan bulan baru buang...

    ReplyDelete
  12. Akak simpan jugak..
    Pastu bila dah penuh dlm beg..
    Keluarkan simpan pulak dlm laci..
    Huhuhu tak tahu apa motif ini..
    Suka benor menyimpan..
    Kekadang bil beli barang pun simpan 😂😂

    ReplyDelete
  13. mek buang je sebab check balance melalui internet banking.

    ReplyDelete
  14. hehe..kita geng!..akak simpan gak kekdang tu sampai dah tak nampak langsung tulisan..bila ada masa baru buang..

    ReplyDelete
  15. Selalunya lps dh tgk baper balance, sya koyak2 buang kat t.sampah kat atm machine tu. Kalau saya tersimpan pun, paling lama seminggu je..sbb time cuti, saya 5s beg..x suka semak dlm beg.hihi.

    ReplyDelete
  16. salam cik nor..
    yaya memang simpan..tp dlm msa sbulan je la resit.masuk bulan seterusnya buang dah bulan yg lepas tu...huhu.nsib la x p atm kerap sgt..skrng semua online..hehe

    ReplyDelete
  17. Simpan resit adalah salah satu habit orang pompuan (tak semua).. LZ pun buat juga dulu..
    Sekarang, LZ akan simpan resit bank transaction terkini sebagai rujukan.
    Resit lama memang terus nyah ke tong sampah.. Jadi wallet tak kembung resit, hehehe

    ReplyDelete
  18. suka juga simpan buat sampah dlm dompet haha

    ReplyDelete
  19. kalau ejulz biasa simpan dulu.. kalau dalam sebulan xda masalah baru ejulz buang. hehe

    ReplyDelete
  20. kadang simpan kadang buang cik nor

    ReplyDelete