Breaking News

Kenapa Ni SPR



Assalamualaikum..

Walaupun pilihan raya umum ke 14 telah 5 hari berlalu tapi Cik Nor tetap juga nak up pasal proses pilihan raya ni. Apa-apa pun tahniah kepada kerajaan baru dan selamat menunaikan tanggungjawab kepada negara. Semoga manifesto yang di umumkan di tetapi bukan dicapati.

Cik Nor memang agak tidak puashati dengan pengurusan di tempat Cik Nor mengundi. Kenapa. Meh Cik Nor terangkan satu persatu. Pertama, untuk saluran 4 iaitu untuk saluran pengundi muda. Kerani mengundi agak lembab untuk mencari nama pengundi sedang pengundi sangat ramai. Meletakan mengundi yang agak berumur, ini lah menyebabkan adik-adik Cik Nor terpaksa beratur 2  1/2 jam untuk menunaikan tanggungjawab. Bayangkan dari pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang. 

Kes kedua melibat mak Cik Nor dimana dia diarahkan mencelup jari kanan. Kerani mengundi tak kan tak tahu dakwat kekal  mengandungi bahan kimia. Rasanya arahan dah ada arahan suruh celup jari kanan. Mak Cik Nor selamba balik makan nasi dengan masih ada dakwat kekal tu.  Dah siap makan baru Cik Nor tahu dia celup jari kanan. Nasib la mak. Huhu

Kes ke 3 melibatkan adik Cik Nor yang oku, dimana dia terpaksa menaiki kerusi roda untuk ke tingkat 1. Untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan dia mengundi ditingkat bawah, dia terpaksa naik ke tingkat 1. Tak ke vengon macam tu. Patutnya wakil jer la naik atas ambik surat, dia tunggu kat bawah. Last-last kawan dia decide untuk angkat kerusi roda dia naik tingkat 1 tak perlu surat kebenaran untuk mengundi dibawah. Susah sangat nak dapat kebenaran.

Paling sadis pengurusan nak pindahkan dia kerusi biasa kerana ketidakcukupan kerusi roda. Nasib dia berkeras, tak boleh pindah ke kerusi biasa sebab dia patah pinggang. Kalau pindah ke kerusi biasa rasanya lumpuh tak boleh bangun terus adik Cik Nor tu kerana jatuh. Lagi pun dia tak boleh diangkat sebarangan kerana tulang bahu dia retak. Rasa menyirap jer bila kawan-kawan dia balik cerita kat keluarga Cik Nor.

Kepada pengurusan SPR untuk pilihan raya akan datang sila tingkatan kualiti kerja. Jangan fikir kerja sebagai kerani mengundi mudah. Banyak perkara mesti dia diambil tahu. Kalau boleh pilih kerani yang berpengalaman tapi bukan yang dah tua.  Fasiliti untuk orang tua dan oku juga perlu ditambah memandang kawasan kampung ramai orang tua.  Arahan dari pihak atasan SPR juga kena elert supaya sentiasa mengikut arahan yang ditetapkan.

9 comments:

  1. tun kena kaji jugak semula spr ni,banyak mengarut je dah.

    ReplyDelete
  2. sy dr dulu xbersetuju kalu pengundian dibuat di bgnn bertgkt eans gn blk tgkt ats) menyusahkn ramai!!

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tempat saya tiada masalah

    ReplyDelete
  4. Betul tu, bagus semua di rombak balik semua...ada udang di sebalik kue tiaw he he he

    ReplyDelete
  5. Alahai kesiannya..sabar je la kalau kena kat saya..hurm

    ReplyDelete
  6. xleh nk komen..sbb...em sbb...
    hehehehe =p

    ReplyDelete
  7. Semoga tahun mendatang SPR akan ambik taw permasalah ni

    ReplyDelete
  8. erm..iolls bertugas masa PRU baru ni..kes mak Cik Nor tu, awat kerani tu pi celup jari belah kanan..kan ke belah kiri..adeh..tak alert ke?Yg adik Cik Nor OKU tu, boleh je tumpang mengundi kat saluran bawah..tak perlu pun dia naik ke atas..Ketua saluran yg adik Cik Nor tu kena uruskan..Masa saya bertugas haritu, ada sorang pengundi bertongkat tak boleh nak naik ke tingkat atas..ketua tu yg uruskan semua..Pengundi tu tunggu je turn kat saluran saya jaga tu, coz time tu ramai pengundi...

    ReplyDelete
  9. bergantung kpd pengurus sesuatu tempat tu.
    dia tak jalankan tugas dgn betul lah tu.
    susahkan org lain...

    ReplyDelete