Breaking News

Salam Ramadan


Assalamualaikum..

Rasanya masih tidak terlewat untuk Cik Nor ucapkan salam Ramadan kepada semua. Ingat nak buat entry ni malam tadi tapi tak sempat sebab balik terawih terus ready untuk photoshoot produk yang kena post kat facebook dan instagram sebelum masuk waktu imsak. Gigih lerr kita bangun pagi-pagi post kat facebook dan instagram. Hehe

Amboi kemain panjang permulaan entry Cik Nor. Korang macam tak kenal dengan entry merapu sebelum sampai ke cerita sebenar. Hehe. Malam tadi sempatlah berterawih sebab ada kawan nak teman pergi surau. Kalau tak memang berterawih dirumah jer lah.

Sebelum ni pergi terawih kata surau ikut jalan shortcut tapi apa penyakit busuk hati pergi pagar laluan biasa kami tu. Huhu. Terpaksa lah kami jalan jauh dan kena lalu depan kedai kopi. Alahai, terpaksa lah demi Ramadan yang dirindui. Huhu.

Alhamdulillah, malam tadi ada hamba Allah bermurah hati menderma kurma kat surau yang kami pergi tu. Sempatla Cik Nor ambil sekotak kongsi dengan kawan Cik Nor tu. Moga Allah murahkan rezeki pada penderma tersebut. Aamiin

10 comments:

  1. selamat berpuasa cik nor... hari ni puasa keee ponteng? hahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah masih berpeluang bertemu Ramadan Kali ini. Selamat Berpuasa. 😍

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan cik nor,lama tak singgah..sorii cik norrr

    ReplyDelete
  4. semoga ramadan kali ini membawa sinar bahagia kpd cik noor..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..selamat berpuasa dear anies :)

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan.. Selamat berpuasa sis..

    ReplyDelete