Breaking News

Inspirasi Penyu | Koleksi Terkini Puteri Duyung SofeaRose


Assalamualaikum..

Bila sebut pasal tudung mesti rekaannya lebih kurang sama sahaja dengan mana-mana rekaan. Mesti bosan kan? Tengok orang pakai tudung, eh lebih kurang sama lah corak dia dengan corak tudung kita pakai. Stress tiba-tiba kan?hehe. Dah hampir bulan Ramadan ni, mesti dah ramai yang buat persiapan hari raya. Terutama baju raya dan tudung, mesti yang menarik dan lain dari kebiasaan. Betul tak korang?

Butik tudung tersohor, SofeaRose hadir dengan koleksi terkini tudung-tudung mereka yang di inspirasi dari penyu. Koleksi ini diberi nama Puteri Duyung SofeaRose dan rekaan ini bercirikan penyu. Kenapa mereka memilih penyu? Mereka memilih penyu kerana populasi penyu di negara kita semakin menurun dan statistik menunjukkan penyu hampir menagalami kepupusan di negara kita.

Untuk meningkatakan kesedaran dengan ancaman ini, SofeaRose telah bekerjasama dengan SEATRU ( Unit penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) mengadakan kempen memulih dan memelihara penyu.  SEATRU ini mula menjalankan penyelidikan pada tahun 1984 dan penyelidikan pertama mereka ialah penyelidikan terhadap Penyu Belimbing di Rantau Abang, Terengganu. Kata mereka, kalau mereka tidak melakukan sesuatu untuk memelihara dan menyelamatkan penyu ini, kemungkinan kita hanya dapat melihat penyu didalam muzium sahaja.
Mengikut kajian yang dijalankan hanya 1 dari 500 anak penyu hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran , pemburu penyu, haiwan pemangsa dan lain-lain. Setelah 4 tahun dalam industri, SofeaRose mengambil insentif dengan menghasilkan pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana untuk program 'SEATRU-Adopt a Turtle.'. Mereka mengambil penyu sebagai anak angkat dan wang dari dana tersebut digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi.

Untuk menyelamatkan dan membela alam semulajadi, SofeaRose telah menyumbangkan sebahagian jualan koleksi Mermaid kepada program 'SEATRU- Adopt a Turtle' bagi menyokong pemuliharaan penyu. Semua orang tahu yang Puteri Duyung adalah seorang wanita yang sangat cantik dan perwatakan lemah lembut, penyanyang dan periang. Tidak hairanlah ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak ketinggalan wanita-wanita di SofeaRose, dimana mereka berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakian ready To Wear (RTW) dan koleksi raya 2018 yang diinspirasikan dari kecantikan Mermaid.
Salah satu dari koleksi tudung SofeaRose yang menarik perhatian ialah Diona yang diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapti dengan harga RM79.00 dan dilengkapi dengan Charm dan kotak yang dibuat khas untuk koleksi ini. Ingin mencuba sesuatu yang luar biasa? SofeaRose merakam Video seorang Puteri Duyung memakain tudung Diona dan berenang di dalam air : https://www.youtube.com/watch?v=543SV9nKLIk.

Selain dari koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan Koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 pasang koleksi Baju Rasa Mermaid. Antarnya ialah Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju kurung Kedah dan beberapa koleksi lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini berharga dari RM59.00 hingga RM419.00. Sebahagian dari duit jualan koleksi Mermaid ini akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.



Pengalaman Cik Nor Memakai Tudung SofeaRose (Diona)


Masa mula-mula dapat tudung dari SofeaRose ni akan terkejut jugalah sebab kain yang digunakan ialah kain satin. Ingatkan kain satin jenis licin dan sangkaan Cik Nor itu tidak licin . Ia sangat senang di bentuk dan bila memakainya terus terletak dikepala. Tudungnya yang lebar dan panjang amat mudah digayakan mengikut kretiviti masing-masing. Coraknya seakan Mermaid dan latar belakang warnanya yang pastel menbuatkan ia nampak ekslusif dan mewah bila memandang. Tidak hairan lah jika koleksi ini akan menjadi rebutan peminat tudung rekaan terkini.


Pembelian boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu dengan menghubungi Penasihat Imej di 019-6350313 (Teha) atau korang boleh kunjungi butik SofeaRose di Bangi Sentral atau menerusi laman sesawang di www.sofearose.com.  Dengan setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan secara langsung akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose.

22 comments:

  1. Omelnye ciknor kiter bergaya dengan SofeaRose... ;)

    ReplyDelete
  2. hi model gambar bawah tuuuuu ;-)

    ReplyDelete
  3. Cantik design dan colour tudungnya ni

    ReplyDelete
  4. Suka tudung dengan kaler patel macma ni..ccantik sangat...
    jemput join GA GSL Warrior di blog SA http://www.suriaamanda.com/2018/05/grup-sisturs-lawa-warrior-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. wah! model kat bawah tu masih bergaya...boleh masuk majalah nanti.

    ReplyDelete
  6. Bagus model business begini... Itu yg team kami suka sarankan untuk brand onwers ;)... Helps build awareness...

    ReplyDelete
  7. Comelnya tudung ni, tuan badan yang jadi model pun comel :D

    ReplyDelete
  8. cantiknya tudung ni..nak belilah satu nanti

    ReplyDelete
  9. cantiknya tudung dia..mermaid gitu..pakai boleh masuk dalam air la kan..hehee

    ReplyDelete
  10. Cunnn !
    Coraknya hiduplah..suka nengokk ! hehe

    ReplyDelete
  11. cantik tudungnya.. yang pakai pun cantik..

    ReplyDelete
  12. Lawa laaa... . Tampak cantik terletak jer. Senang bentuk ehh.. .?
    Nak pi. Tengok laaa...

    ReplyDelete
  13. cantik cik nor dengan sofea rose ni..

    ReplyDelete