Breaking News

Drama Takdir Yang Tertulis - Episod 14

Che Salmah mula menjalankan rancangannya bersama-sama Hakim agar dapat pulang semula ke rumah banglo tersebut. Hanya dengan sedikit penipuan, anaknya Ruhila dan Azlan terpaksa mengikut rentak rancangannya tersebut. Secara perlahan-lahan, Che Salmah cuba berlembut untuk memujuk menantunya, Azlan dan Ruhila. Azlan semakin serabut menguruskan syarikat seorang diri. Staff turut mula tidak selesa dengan kewujudan Azlan di dalam syarikat tersebut.
Ean mula menjelaskan satu per satu apa yang terjadi pada malam Ruhila melihat Ean dengan perempuan lain. Namun Che Salmah cuba menghalang sehabis baik agar rancangannya tidak gagal. Satu per satu rahsia mulai terbongkar. Juweta dan Ean bekerjasama dengan Tuan Majid untuk mendapatkan semula jawatan CEO milik Juweta. Che Salmah dan Hakim turut bekerja keras melawan mereka.

Pelakon: Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Muaz Fitri, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana

2 comments: