Ingatkan Dah Tamat
Assalamualaikum..
Entry ni sepatutnya ditulis tahun lepas lagi tapi nak buat macam mana dua-dua laptop Cik Nor rosak tu yang tak ada mood nak menulis. Nak updates blog guna phone memng tak pernah buat. Takut jadi kucar kacir pulak gambar dengan tulisan. Kadang-kadang tu kita dah publish tengok balik masuk deraf. Adoii..itu yang malas nak guna phone.
Majlis perpisahan ni dibuat sebab Cik Nor dah tamat kontrak sebagai Pekerja Sambilan Harian di pra
sekolah. Kemain la cikgu-cikgu dan anak murid bagi hadiah. Tup-tup dapat cuti seminggu then dapat sambung kontrak sampai cuti sekolah...alhamdulillah.
Antara buah-buahan yang anak murid bawak. Ada ibubapa yang sporting dan ada yang tak. Biasa lah ada yang berkira ingat cikgu yang nak makan buah-buahan yang anak-anak murid bawa. Sebenarnya buah-buahan ni diberikan kepada semua murid-murid dalam kelas ni. Tak habis kami simpan esok dan boleh makan lagi.
Agak-agak buah tu dah tak elok baru kami yang bawa balik. Begitu lah rutin setiap kali anak-anak pra bila anak-anak pra ni bawa buah-buahan ni ke sekolah.
Suasana anak-anak pra sewaktu rehat dan makan tengahari. Semua makan di tempat masing-masing dan dalam bekas dan gelas minuman yang tertera nama masing-masing.Masa ni yang paling aman didalam kelas.haha
Kemain cikgu pra tempah kek rainbow lagi sempena majlis perpisahan ni. Sekali anak-anak pra tak menggemari kek ni. Aduss.. rugi bajet cikgu.haha. Yang banyak-banyak makanan tu sumbangan dari ibubapa anak-anak pra yang prihatin dan sporting.
Gambar kenangan beramai-ramai sebelum acara makan-makan dimulakan. Kemain tau korang ni. Tak ada satu gambar pun yang elok. Macam-macam kerenah yang ada. Keranah nilah yang buat cikgu rindu kat korang semua. Kerja penat pun tak apa yang dapat melayan korang dengan baik.
Korang boleh tengok sendiri gelagatnya. Tak reti nak dok diam. Tahun ni ada yang dah masuk darjah 1 dan ada yang masih lagi di pra sekolah. Semoga menjadi pelajar cmerlang semuanya..InsyaAllah..aamiin
Baca juga : Cik Nor Dah Kerja Ke?
Alahai, nape plak anak-anak tak gemar kek rainbow? Bukan ke sedap?
ReplyDeletealoloo comelnya diorang
ReplyDeletecomel2 set dia
ReplyDeleteKira rezeki jugalah ada majlis dan dapat sambung lagi Kak Nor. Seronok juga melayan budak budak ni.
ReplyDelete