Gajet Pertama Ketika Mula Berblog
Sumber gambar dari pakcik google
Assalamualaikum..
Mesti ramai yang ada kenangan pahit manis ketika mula berblogging kan? Macam Cik Nor pun sama jugak lah. Nak capai macam sekarang ni memang haru jugak la. Ye lah macam-macam hal nak kena tempuh. Masih Cik Nor ingat lagi masa mula-mula berjinak dengan blog, masa tu tak ada lagi smartphone macam orang lain. Yang ada cuma telefon Nokia E72 yang separa smartphone. Setakat nak guna untuk whatsapp boleh la. Tu pun hang memanjang bila ada whatsapp masuk bertalu-talu.
Agak haru jugaklah kalau nak tulis entry baru. Oleh kerana tak ada segala barang-barang canggih ni maka Cik Nor curi-curi updates blog guna komputer pejabat. Tengok line clear blog lah buat entry pendek-pendek. Kalau nak cepat copy paste jer dari email ke atau dari group whatsapp. haha
Memang masa mula-mula blogging dulu content blog Cik Nor tak ada kualiti langsung. Main hentam jer asal entry updates. Kalau masa kerja kat Terengganu dulu bebas nak updates blog sebab Cik Nor kerja kat pejabat tapak. Pekerja tak ramai dan mereka sentiasa ada kat pejabat. Masa ni lah Cik Nor ambil kesempatan update entry. Entry biasa-biasa jer masa tu, mana ada review macam sekarang ni.
Bila balik kerja Kota Bharu, perghh memang tak boleh nak curi masa langsung nak update blog. Silap haribulan kantoi dengan bos. Masa ni dah pandai ambik job review. hehe. Kalau terdesak sangat nak tulis review kat blog, Cik Nor pagi-pagi lagi dah masuk pejabat supaya tak terkantoi dengan staf lain. Ye lah, nanti diorang kata Cik Nor salah guna peralatan pejabat pulak.
Bila gaji dah stable sikit Cik Nor beli tablet macam kat atas tu. Murah-murah jer tu, janji dapat updates blog kat rumah. Lagipun kalau ambik job review kena posting sekali kat instagram dan facebook. Nak tak nak kena juga ada gajet yang boleh install aplikasi ni. Bila ingat semula perit juga kalau nak berblogging. High cost orang kata tapi tak rugi berhabis dahulu kerana pulangannya agak lumayan.hehe.
Lebih kurang empat tahun Cik Nor berblogging guna tablet murah-murah tu Cik Nor grab lagi satu gajet. Apakah gajet itu? Tunggu next entry yer.
Baca juga : Bila Memori Tablet Ko Asyik Penuh
tahniah diatas pencapaian cik nor setakat ini. Teruskan menulis entri yg menarik.
ReplyDeleteTahniah jugak . Gajet2 yg ada banyaklk membantu
ReplyDelete