Bila sebut pasal orang
Kelantan mesti orang ingat budu ataupun nasi kerabu. Itu je lah yang sinonim
dengan masyarakat atau rakyat Kelantan. Bila ke luar negeri, orang Kelantan
cakap dielek luar mesti ada orang cakap “bau budu eh”. Memang orang Kelantan ni
tak dapat di pisahkan dengan budu tapi korang kena tahu yang orang Kelantan pun
suka makan makan barat ye.
Orang Kelantan sekarang
dah up to date yer! Bukan macam dulu-dulu lagi, ada kelainan dalam citarasa
makanan kegemaran. Lain macam betul orang Kelantan zaman sekarang ni. Taste ala-ala
mat saleh giteww. Kira nya orang Kelantan sekarang terbuka untuk menerima
sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
Nak di jadikan cerita
lah ada seorang orang Kelantan ni pertama kali menjejakkan kaki ke sebuah
restoren yang termasyur di Kelantan. Restoren apa lagi kalau bukan restoren
makanan barat. Perghh..rasa makanan kat situ memang lain machiamm. Sedapnya
hingga menjilat jari tangan. Rugi lah siapa yang tak pernah datang ke sini dan
menikmati sendiri kelazatan dan kenikmatan makanan yang ditawarkan. Orang
Kelantan ni kata mabeles bak hang.
Restoren mana tu? KBB
Burger & Steak la. KBB ialah sebuah restoren yang sangat sinonim dengan
rakyat Kelantan terutama yang tinggal di Kota Bharu. Nak kata restoren baru
rasanya dah lama bertapak di Kota Bharu tapi baru kenali ramai kerana keenakan
makanan barat yang disajikan. Kalau
sesiapa atau orang Kelantan ke bandar Kota Bharu pasti ingat KBB. Ingat Kota
Bharu, Ingat KBB! Mesti ada yang tertanya- tanya, pung- pang, pung- pang cerita
pasal KBB ni apa yang menarik dan mesti kena cuba bila datang ke sini?
Makanan yang mesti
korang cuba dan mesti korang teringat-ingat selepas makan mesti lah burger,
pasta dan sudah semestinya steak. Perghh.. Steak weh antara menu paling popular
di KBB.
Dryeaged Beef
Butter Aged Beef
Daily Fresh Cut
Daily Fresh Cut Beef
Korang nak steak stail mana? Wet Aged atau Dry Aged?
Potongan steak apa yang korang nak? Sirloin, Ribeye, Tenderloin, Tbone
Tomahawsk? Semua ada.. Tak cukup lagi? Mereka juga turut menyediakan pelbagai
pilihan baka daging seperti Wagyu & Angus. Walaweh..mana nak satu nak pilih
ni? Dah terbayang-bayang rasa kesedapan steak tu.
Bila datang ke KBB, masuk ke dalam restoren mesti
korang perasan setiap meja pelanggan mesti order steak. Up to date dah orang
Kelantan ni dah boleh terima pembaharuan dalam hidup. Kalau nak di bandingkan
dengan orang-orang KL, kata aje makan di steak house tapi order nya makanan
lain bukan steak. Saya sebagai rakyat
Kelantan kagum bila orang Kelantan ni kaki steak. Memang betul-betul kaki steak
bila setiap meja penuh dengan steak weh.
Saya sendiri mula-mula jejakkan kaki ke KBB, ingat
nak order yang biasa-biasa jer seperti burger yang viral tu iaitu burger double
meat. Last minute tambah 1 steak Angus yang dimasak masak medium bila pandang
kiri kanan belakang depan semua makan steak. Burger dia dah la besar, juicy
pulak tu, cheese dia tak payah cakap. Melimpah ruah weh, lain machiam sangat ni
sedap dia
Tu baru cerita bab burger
dia dah meleleh air liur teringat kesedapan burger dia. Ni saya ceritakan bab
steak dia, MasyaAllah..tak dapat nak diceritakan kerana setiap gigitan kita
dapat merasai nikmat daging sebenar. Ditambah pula dengan sos condiment yang
begitu serasi dengan steak terasa diri ini terbuai-buai di awangan.
Bagi korang yang terasa
nak menikmati hidangan luar yang berasaskan makanan barat pilihan ramai apa
kata cuba KBB Burger & Steak yang terletak di tengah-tengah bandar Kota
Bharu, Kelantan. KBB menawarkan masakan barat yang asli dengan pilihan daging
seperti Wagyu A5, Wagyu Autralia, Angus dan Grainfed. Daging segar dan bermutu
tinggi adalah pilihan utama KBB Burger & Steak.
Cakap banyak pun tak guna
kalau korang tak rasai sendiri kesedapan dan keenakan steak yang ditawarkan di
KBB Burger & Steak. Bagi yang sudah
berada di Kelantan korang boleh terus ke KBB Burger & Steak yang beralamat
di : No 2713, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi yang ada plan
nak bercuti ke Kelantan selepas tamat tempoh PKP ni dan masih mencari tempat
makan yang best korang boleh survey dulu di :
Facebook :
kbbburgerandsteak
Instagram :kbbburgerandsteak
Youtube : KBB Burger &
Steak
Atau boleh hubungi : 010-
2581001
Nak cuba tapi jauh..suh depa ni bukak cawangan kat KL plisss....
ReplyDeleteactually kedai western kat kelantan sedap2 jugak, jadi saya rasa orang kelantan makan jugak steak hahaha
ReplyDeletefuuuh.. lain macam ni
ReplyDeletekalau pi kelantan boleh la cuba..tq cik nor :)
ReplyDeleteWahhh steak rabia tak pernah rasa lagi steak ni
ReplyDelete