Breaking News

Selamat Hari Lahir Ayah, Along Dan Bella


 Assalamualaikum..

Hujung tahun lepas punya cerita tapi nak juga up kat sini sebagai kenangan di masa akan datang. Mana lah tahu anak cucu nak baca.haha. Iyo lah sangat tu. Anak cucu tang mana? Kawen pun belum. Entah belum sempat kawen Allah dah panggil balik. Hehe. Apa-apa pun yang persoalkan semua tu. yang penting doa dan tawakal selalu.

Tahun lepas kan Cik Nor kerja sebagai PSH selama 6 bulan kat sekolah. Poket pun tebal la skit. hehe. Jadi boleh la belanja kek yang mahal sikit untuk mereka yang sambut birthday pada bulan Disember. Hanya kek sahaja yang sempat Cik Nor ambik gambar. Ayam-ayam KFC dah terbang masuk mulut sebelum sempat ambik gambar.haha.

Rumah Cik Nor ni kalau bab makan memang laju. Tak panggil pun asal ada bau makanan laju jer ngadap.haha. Bulan Disember ada 3 orang yang sambut iaitu ayah, kakak sulung dan anak buah. Yang nama Bella tu dia la. Nama sebenar dia Nur Salsabila. Nama glemer Bella kami panggil.haha.

Kami sambut dengan adik beradik jer, tak buat besar-besar sebab musim sekarang ni tak sesuai nak panggil orang luar. Acara makan-makan ni bermula selepas isyak. Cuma potong kek dan makan KFC. Cukup simple tapi bermakna buat keluarga kecil kami ni. InsyaAllah..ada rezeki kita beli kek mahal ni lagi yer.

Selamat Hari Lahir Buat ketiga-tiga kesayang Cik Nor moga dirahmati Allah selalu..aamiin

4 comments: