Breaking News

Bila Teringin Makan Pulut Kuning


Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya nak makan pulut kuning, bukan mengidam tau.haha. Nak mengidam apanya, kahwin pun belum lagi. Bukan tak pernah makan, selalu jugak makan tapi itulah tak kena pada tekak. Nak jugak air tangan mak baru puas hati. Macam korang jugak la. Macam-macam mana pun air tangan mak juga yang tersedap dalam dunia.

Kebetulan kakak sulung ada bernazar so Cik Nor apa lagi tumpang sekaki la hilangkan rasa teringin tu. Tak buat buat banyak pun cuma 2kg beras pulut jer untuk makan kami adik beradik jer. Mak dah buat pulut kuning maka tugasan Cik Nor pula kena buat rendang ayam untuk digandingkan dengan pulut kuning tu. Lengkap weh rasa teringin tu. Bukan sahaja dapat makan pulut kuning, dapat juga makan rendang ayam walaupun bukan time raya.

Korang pernah tak rasa teringin nak makan apa-apa? Nak buat macam tak berbaloi, tiba-tiba ada orang datang hulur makanan yang korang teringin tu. Allah..masa tu kalau dapat apa yang kita inginkan memang tak terkata gembiranya. Syukur sangat Allah Maha Mengetahui.

Eh lupa pulak, pulut kuning tu kami dapat jugak hantar kat nenek dan juga pakcik saudara yang tinggal berhampiran dengan rumah nenek. Alhamdulillah dapat jugak panjang rezeki kakak sulung dan berkongsi rezeki dengan insan yang kita sayang.

4 comments:

  1. alhamdulillah.. baru je semalam mak kita buatkan heheh

    ReplyDelete
  2. Pernah juga craving certain benda,tetibe ada orang bagi. Itu namanya rezeki. Lama jugak tak makan pulut kuning. Selalu dapat kalau ada orang khatam Quran

    ReplyDelete
  3. suka pulut kuning dari kecik mak selalu buat
    cicah rendang tambah laju la

    ReplyDelete