Breaking News

10 TARIKAN SUKAN DALAM-PREMIS DI NEGERI SELANGOR – GABUNGAN ELEMEN KESERONOKAN DAN KETERUJAAN

Terdapat sesetengah daripada kita yang mungkin berasa kurang mengalami elemen keseronokan dan keterujaan ketika pergerakan dihadkan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Justeru, apabila tiba masa untuk kembali melakukan aktiviti luar setelah tamatnya tempoh PKP ini, para ibubapa, khususnya, mungkin berhasrat menghantar anak mereka ke sesi sukan. Namun, berkemungkinan masih ramai yang ragu-ragu jika aktiviti sukan tersebut dilakukan di luar serta melibatkan kumpulan orang ramai.

Usah risau, anda tidak akan terlepas peluang untuk merasai keseronokan dan keterujaan     yang anda inginkan kerana Negeri Selangor mempunyai pelbagai tarikan sukan dalam-premis yang boleh anda kunjungi. Tambahan pula, tarikan ini senang dan mudah diakses, dengan kebanyakan daripadanya terletak dalam premis pusat membeli-belah terkemuka. Jadi, berita baik buat semua, anda mungkin boleh lengkapi hari anda dengan sesi membeli-belah selepas bersukan bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”. Senarai di bawah menampilkan 10 tarikan sukan dalam-premis di Negeri Selangor yang bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah orang dewasa!

 

1)    Camp5, 1Utama

Sesi mengeluarkan peluh! Beroperasi sejak tahun 2005, Camp5 mempunyai dinding untuk sukan wall-climbing dalam-premis yang paling tinggi di Malaysia! Fasilitiini juga sepenuhnya dilengkapi dengan penyaman udara dan terletak dalam menara berasaskan besi dan kaca di tingkat 5, 1Utama Shopping Centre (New Wing).

Spesifikasidindingadalahsepertiberikut:

Keluasandinding: 2300m2

Keluasankawasan “boulder”: 450m2

Keluasandindingbertali: 1850m2

Ketinggianmaksimum: 20.3m


Jika anda seorang yang baharu berjinak dengan aktiviti sukan wall-climbing, usah gusar dengan spesifikasi yang tertera. Camp5 mempunyai dinding dengan pelbagai saiz dan tahap kesukaran dari sangat mudah hingga terlalu mencabar. Pihak Camp5 yakin anda akan mendapatkan tahap kesukaran yang bertepatan dan mampu menguji diri anda untuk melakukan lebih lagi!

 

Untuk maklumat lanjut, layari:  https://selangor.travel/listing/camp5-1utama/

 

2)    District21, IOI City Mall, Putrajaya

District21 adalah sangat unik; dengan keluasan sebanyak 70,000 kaki persegi dan mengangkat tema pasca-apokaliptik, taman tema ini mempunyai 10 tarikan, 8 bilik riadah dan terletak dalam atrium yang dilengkapi dengan pendingin hawa di IOI City Mall, Putrajaya. Ia menawarkan lebih sedosen aktiviti yang kebanyakannya adalah baru diperkenalkan di Negara ini seperti aktiviti Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride,dan Roller Glider. Setiap tarikan juga tertakhluk kepada berat dan ketinggian maksimum yang dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/district21/

3)    Air Rider, 1 Utama

Air Rider, 1 Utama adalah sukan skydiving yang ditawarkan secara dalam-premis dengan stimulasi aktiviti sky diving yang sebenar seolah-olah pada ketinggian 14,000 kaki. Air Rider adalah tarikan stimulasi penerbangan yang terhangat di benua Asia. Sesiapa sahaja yang pernah menginginkan untuk terbang di udara boleh singgah ke 1 Utama Shopping Centre, iaitu pusat membeli-belah ke-7 terbesar di dunia.

Terowong angin berbentuk bulat denga keseluruhannya dilitupi dengan panel kaca menghasilkan kusyen udara seluas 12-kaki diameter dengan tinggi 21 kaki. Setiap pelanggan yang memasuki ruang kusyen udara ini akan ditemani oleh seorang jurutugas bertauliah atas faktor keselamatan. Di dasar ruangan bertutupini juga menempatkan sebuah lantai trampolin yang diperbuatdaripadabesitahankalatdengankualitisepertikapal terbang sebenar. Dengan kelajuan angin sehingga 250 km/sejam, mereka berpeluang untuk melakukan aksi-aksi akrobatik udara secara mudah dan selamat. Para pengunjung yang lain juga boleh menonton aksi sukan penuh mendebarkan ini menerusi ruangan tempat duduk yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://selangor.travel/listing/airrider-1-utama/

 

4)    Flow Rider, 1 Utama

Pernah terfikir untuk melakukan aktiviti sukan luncur air di dalam sebuah pusat membeli-belah? Sekarang anda boleh melakukannya dengan aktiviti sukan flow-riding dan stimulasi luncur air di 1 Utama Shopping Centre. Flow Rider, 1 Utama menggabungkan teknik dari beberapa jenis sukan seperti luncur air, luncur salji, sukan papan selaju, wake boarding dan skim boarding.

Sama ada anda merupakan seorang amatur atau professional, anda mampu menangani arus air dengan bimbingan dari petugas yang bertauliah dan berpengalaman. Kesan ombak juga dapat dihasilkan dengan kelajuan sehingga 32 km/sejam di permukaan vinil komposit. Flow Rider juga menawarkan program latihan dan kursus dari tahap amatu rhingga berpengalaman dengan para jurulatih yang berdedikasi untuk memperkasa teknik flow riding anda dengan menitik-beratkan aspek keselamatan.

Untuk maklumat lanjut, layari:  https://flowrider1utama.com.my/

5)    Jump Street Trampoline Park

Jump Street Trampoline Park adalah sebuah taman tema urban yang dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia dan memfokuskan kepada aktiviti lompatan, lantunan dan segala aktiviti melawan unsur graviti yang mampu anda fikirkan. Ia mempunyai beratus-ratus jumlah trampolin, dengan Main Court seluas 10,000 kaki persegi merangkumi pelbagai trampolin yang bersambung antara satu sama lain. Ianya termasuk ruangan khas yang dilengkapi dengan jaring bola keranjang, trampolin untuk aktiviti dodge-ball, satu lubang yang diperbuat dari bahan lembut untuk terjun ke dasar, dan pelbagai bag udara untuk memastikan pendaratan yang selamat.

Jump Street menawarkan elemen keseronokan dan cabaran dengan pelbagai tahap kesukaran kepada pengunjung dari latar-belakang umur yang berbeza (dengan umur minima 3 tahun untuk melompat secara kendiri). Ruangan berprestasi tinggi di Jump Street turut mampu menjadi medan para atlet untuk mengasah kemahiran mereka ketika melompat di udara. Di sini juga terdapat ruangan khusus untuk kanak-kanak bagi memastikan keselamatan dan keseronokan mereka

Untuk makluma tlanjut, layari:  https://selangor.travel/listing/jump-street-trampoline-park/

6)    Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS)

Terletak di kawasan pembangunan Empire City, National Ice skating Stadium (MYNISS) adalah gelanggang ais yang pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan spesifikasi Sukan Olimpik dan kemudahan serba lengkap bagi menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan luncur ais dengan standard antarabangsa.

Inilah masanya untuk mengasah bakat anda meluncur ais dengan pergerakan penuh gemalai, tambahan pula dilakukan di sebuah gelanggang bertaraf kelayakan sukan antarabangsa!

Untuk maklumat lanjut, layari:  https://selangor.travel/listing/malaysia-national-ice-skating-stadium-myniss/

7)    It’s a HIT Rooftop Baseball

It’s a HIT Rooftop Baseball adalah satu-satunya dan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan benua Asia Tenggara. Tanpa cas masuk yang mengeringkan poket, di sini anda mampu untuk mendapatkan pengalaman menarik untuk sesi Batting Cagesdan Carnival Games dengan harga yang berpatutan. Terletak di bahagian bumbung sebuah pusat membeli-belah terkemuka, 1 Utama Shopping Centre; singgahlah ke sini untuk sebuah pengalaman penuh keunikan dengan elemen keterujaan dan pemandangan yang mempesona!

Untukmaklumatlanjut, layari:  https://selangor.travel/listing/its-a-hit-rooftop-baseball/

8)    Sunway Pyramid Ice

Sunway Pyramid Ice adalah hiburan sukan ais bertaraf dunia yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Ianya terletak di lokasi strategik di dalam pusat membeli-belah yang menerima pengiktirafan antarabangsa, Sunway Pyramid, dengan dikelilingiBandar Integrasi Sunway Resort, Sunway Lagoon Theme Park dan Convention Centres yang juga padat dengan universiti, kolej, sekolah antarabangsa, syarikat korporat dan komuniti setempat.

Sunway Pyramid Ice adalah sebuah destinasi rekreasi yang popular di Malaysia dengan mampu menerima lebih 15,000 orang pengunjung setiap bulan. Dengan keluasan berukuran 39m x 22.5m, pemandangan menarik gelanggang yang diperkemas dengan ciri moden ini boleh disaksikan oleh para pengunjung di setiap tingkat pusat membeli-belah ini hingga ke tingkat kelima – menawarkan sebuah pemandangan menarik serba mengasyikkan.

Untuk maklumat lanjut, layari:  https://www.sunwaypyramidice.com/

9)    TraXion Karting at X Park Sunway Serene

TraXion Karting adalah pusat sukan kart yang beroperasi secara dalam-premis terbesar di benua Asia Tenggara. Terletak di tengah Bandar Kelana Jaya, ianya menawarkan pengalaman Kiddie Cart untuk kanak-kanak sehingga ketinggian 140cm, dan Fast Cast, untuk golongan dewasa.Setiap sesi karting akan mengambil masa selama 10 minit.

Operator ini juga menawarkan pengalaman Mini Race merangkumi 3 sesi karting temasuk pusingan akhir, namun, minimum 8 orang pemain pada satu-satu masa diperlukan untuk pakej ini.

Untuk maklumat lanjut, layari:  https://www.facebook.com/traxionkartingmy/

10) Galactic Laser, Sunway Pyramid

Galactic Laser adalah lapangan aktiviti laser tag yang terbesar dan terpanjang di Malaysia.Terletak di pusat membeli-belah premier, Sunway Pyramid dan dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan terkini, inilah masa untuk anda gambarkan diri anda sebagai sebuah karakter dalam video sains fiksyen – dengan dibekalkan dengan sebuah unit laser di tangan, dengan diiringi muzik berentak energetik dan dikelilingi kabus di udara, sambil anda meloloskan diri dalam sebuah arena yang direka khusus menyerupai kesan tinggalan makhluk asing. Tentunya ianya menawarkan elemen keterujaan memburu dalam kegelapan sambil menghindari dari diri anda sendiri terkena tembakan laser oleh pemain yang lain.

Untuk maklumat lanjut, layari:  http://galacticlaser.com/v2/

Aktiviti dengan elemen keseronokan dan keterujaan mudah dan senang didapati di mana-mana sahaja di Negeri Selangor. Dengan pelbagai pilihan, orang dewasa dan kanak-kanak dapat meluangkan masa berkualiti bersama dalam suasana yang selamat dan dikawal-selia dengan rapi.Untuk pelbagai aktiviti yang mengujakan; dari terbang di udara, luncur ais, memandu dan mengawal kart, hingga tembakan laser; Negeri Selangor mempunyai semua yang anda inginkan.

Namun harus diingatkan, amalan berlandaskan SOP perlu diberikan penekanan pada setiap masa demi kesejahteraan bersama. Para pelancong harus mendaftar masuk ke setiap premis lokasi pelancongan di Negeri Selangor menggunakan aplikasi Selangkah:Langkah Masuk Dengan Selamat, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman, serta memakai pelitup muka pada setiap masa.

Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca juga : INNVOVATIVE TOURISM PRODUCTS AND EXPERIENCE: THE KEY TO SUSTAINABLE TOURISM

3 comments: