Breaking News

Selamat Hari Lahir Nur Salsabila


Assalamualaikum..

Minggu ni banyak entry pasal hari lahir, harap korang tak muak la baca entry Cik Nor ni setiap hari. Bukan apa sebab dah ambik gambar, sayang pulak nak delete macam tu sahaja. Apa kata kita abadikan kat sini buat kenang-kenangan. hehe. Kot-kot yang yang sudi nak membelek dan membacanya selepas ni.

Dalam entry sebelum ni memang dah state nama Bella ni atas ke yang mahal tu tapi along Cik Nor nak buat sendiri kek untuk Bella memandangkan hari lahirnya lambat lagi. Lagipun along Cik Nor dia pandai baking kek-kek biasa ni macam kek marble. Yang dalam gambar kat atas tu kek marble biasa jer tapi dihias oleh anak along jadi macam kek mewah macam kat kedai kek pulak.

Mesti korang tertanya-tanya umur Bella ni berapa sebenarnya? Bella ni baru darjah satu tahu lepas. Ni celebration tahun lepas punya.haha. Itu yang beria buat banyak kali celebration. Budak-budak kalau boleh 2 3 hari nak sambut hari lahir dia dalam setahun.haha

Untuk celebration ni cuma kek aje la, Cik Nor dan umi dia malas nak masak makanan lain. Makan kek pun dah sendat perut dibuatnya. Kang masak makanan lain takut tak termakan pulak nanti, Tak pasal membazir pulak nanti

Oklah kita jumpa next entry.

2 comments: