Breaking News

Drama Takdir Yang Tertulis - Episod 11


Pada suatu malam, Kak Jo, Kak Shima dan Anep secara berhati-hati mencuri masuk ke dalam pejabat dimana tempat Kak Shima bekerja. Oleh kerana kepakaran Anep dalam menggondam komputer, satu per satu rakaman CCTV di teliti. Namun, tindakan mereka diganggu dengan kehadiran pengawal keselamatan.
Ruhila bertemu Ean untuk berbincang berkenaan Mika dan hak penjagaannya. Ean meminta untuk Ruhila menarik semula perintah mahkamah yang menghalang Juweta daripada berjumpa dengan Mika, tetapi tidak diendahkan. Mika tidak dibenarkan untuk ke sekolah atas alasan risau Juweta menculiknya semula. Mika dilayan dengan sangat buruk oleh neneknya, Che Salmah sehinggakan Che Salmah sanggup menghalau Mika dari rumah tersebut.
Ean membawa Juweta untuk bertemu dengan Ruhila untuk berbincang secara berdepan. Perlahan-lahan Ruhila menceritakan sebahagian masalahnya. Namun Juweta merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Ruhila.

Pelakon: Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Muaz Fitri, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana


 

2 comments:

  1. banyak sungguh drama yg ammi tak tengok

    ReplyDelete
  2. ohh ni baru lagi ya..lama sudah pencen dari drama melayu ni hehhe

    ReplyDelete