Akaun Adsense Cik Nor Tidak Boleh Di Selamatkan Lagi
Assalamualaikum..
Mungkin ramai yang dah tahu yang akaun adsense Cik Nor ada masalah sejak bulan lepas. Akaun adsense Cik Nor telah disekat kerana kenaikan income secara mendadak dimana Cik Nor mendapat 120usd dalam masa sebulan. Mungkin pihak pengurusan adsense tidak percaya dengan income yang Cik Nor dapat. Maka mereka anggap itu income yang tidak sah.
Page view untuk bulan Disember pun naik mencanak dari biasa. Oleh kerana Cik Nor buat entry drama mungkin sebab itu pageview naik mendadak. Cik Nor pun tak ambik pusing pasal adsense tu. Mungkin itu rezeki Cik Nor nak dapat income lebih tapi semua tu tinggal kenangan bila akaun adsense Cik Nor di sekat untuk selama-lamanya.
Ada juga minta pendapat kawan-kawan yang otai dalam adsense ni dan mereka bagi cadangan supaya Cik Nor membuat rayuan terlebih dahulu sebelum menyerah kalah. Apakan daya rezeki tak menyebelahi Cik Nor, printscreen di atas Cik Nor terima pagi semalam meruntum jiwa raga. Rayuan Cik Nor di tolak sepenuhnya dengan alasan Cik Nor ada entry blog Cik Nor yang melanggar polisi mereka.
Entah dimana silapnya pihak adsense menganggap blog Cik Nor sedemikian rupa. Ada yang bagi cadangan supaya delete akaun lama dan apply akun baru pula. Entahla..sekali fikir malas dah nak guna adsense ni. Income tak dapat sakit hati yang dapat. Moga korang berhati-hati dalam menyiarkan entry di blog korang di masa akan datang.
Abe kie pun pernah alami perkara sama dulu. Dkt nak capai nilai cash out, tetiba dia reset nilai jadi 0 balik! Huwaaaa!!!
ReplyDeleteCik Nor, cuba buat akaun adsense baru je.. guna email baru .. try tengok.. blog Sis lama dah kan, tapi baru dua tahun adsense approved, tapi tu pun buat akaun adsense baru.. yang akaun asal dr blog skrg memang tak boleh.. kena banned..
ReplyDeletedia ada beritahu entri yang mana ke Cik Nor?
ReplyDeleteEntri yang mana sangkut tu ciknor..
ReplyDeletebuat akaun adsense baru la cik nor...
ReplyDeleteRabia kena hati hati jugak la ya.
ReplyDelete