Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 ( Siri 2) - Episod Kesembilan



Assalamualaikum..

Minggu ni cuti panjang agak lemau nak updates blog. Tapi tak apa Cik Nor tetap jugak updates pasal rancangan kegemaran Cik Nor iaitu I Can See Your Voice Malaysia. Tiap-tiap minggu kalau tak tengok memang sah. Suka tengok gelagat juri-juri tetap dengan juri jemputan gaduh jer.haha. Gaduh pendapat yer, jangan salah anggap pulak.

Pada minggu ni artis jemputannya ialah Noraniza Idris a.k.a Kak Ani. Kak Ani ni kira orang berpengalaman jugakla dalam bidang seni tapi rupanya salah jugak dia teka mana penyanyi sebenar, mana penyamar.haha. Untunglah penyamar yang Kak Ani pilih tu dapat duit RM3K. Siapa nak bagi free 3K macam tu sekarang ni weh..haha.

Seperti biasa juri tetap sudah semestinya Jihan Muse, Yusri Abd Halim dan Mark Adam. Setiap minggu mesti ada jawapan kelakar dari Mark Adam. Kalau tak kelakar bukan Mark Adam namanya.  Nampak biasa jer apa dia kata tapi kelakar bagi kita.haha

Manakala juri jemputan pula ialah Lisa Surihani, Atu dan Achey Bocey. Lisa bila geng dengan Atu dan Achey terus jadi kelakar. Siap ada team lagi untuk boikot juri tetap. Kelakar weh..korang kena tengok sendiri baru best.

2 comments:

  1. jemput https://belogsjm.blogspot.com/2020/08/merdeka-giveaway-by-eknsofi.html

    ReplyDelete
  2. shida terlepas yg ni..xtgk pun huhuu

    ReplyDelete