Breaking News

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 - Episod 30


Sinopsis  Drama 7 Hari Mencintaiku 2 - Episod 30
Mia sanggup kenakan suaminya, arahkan suaminya masakkan bubur di waktu malam termasuklah sanggup mengipasnya dengan kertas. Mia tersentuh, tidak dapat gambarkan perasaannya melihat kesabaran suaminya sehinggakan dia menitiskan air mata. Dia rasa bersalah, apa yang dia cuba lakukan ada semata-mata ingin Khuzairi membencinya kerana dia tidak tahu macam mana hendak berpisah dengan suaminya. Mia Adriana menangis di depan emak mentuanya, menangis bukan kerana perkahwinan Khuzairi tetapi menangis kerana terpaksa berpisah dengan anak-anaknya. Mak Leha tidak membenarkan Mia Adriana pergi kerana dia mahukan Mia Adriana menjadi menantunya dan dia akan merestunya. Mia mahukan sokongan daripada emak mentuanya agar Khuzairi berkahwin dengan Nurul Ain. Mak Leha rasa bersalah kerana memaksa Khuzairi berkahwin dengan Nurul Ain.

Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah

1 comment:

  1. episod ni masa semua orang 1 malaysia yang layan cerita ni pakat geram

    ReplyDelete