Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (Siri 2) - Episod Ketujuh

Assalamualaikum ..

Minggu ni agak terlewat updates rancangan kegemaran Cik Nor iaitu I Can See Your Voice Malaysia. Ye lah kan bila dah kerja balik ni banyak benda yang berubah. Kalau sebelum ni rilex jer kat rumah. Sekarang ni kena bangun pagi dan balik semula bila hampi waktu asar. Penat tu tak payah cerita. Kerja apa pun penat, yang tak penat goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit jer.haha

Eh, panjang pulak Cik Nor membebel. Ok2 berbalik kepada tajuk entry kat atas semula yer. Artis jemputan pada minggu ini ialah Akim. Alah..laki Stacy tu.hihi. Nasib baik la si Akim ni pandai jugak la meneka mana penyanyi sebenar dan yang mana penyamar.hihi. Kalau tak melayang lagi 3K minggu ni.

Minggu agak kecoh jugak la dengan kehadiran juri jemputan seperti Azhan Rani, Afifah Nasir dan Arif Bahran. Paling hot malam tu Azhan Rani la. Siap calon surirumah lagi.haha. 

Manakala juri tetap pula tak lain dan tak buka Jihan Muse, Yusry Abdul Halim dan Mark Adam. Peranan diorang bukan membantu tapi mengelirukan artis jemputan. Haha. Bagi yang tak berkesempatan menonton tempoh hari  tu Cik Nor bagi kan link untuk korang.

2 comments:

  1. Episod ni kelakar.. Semua pakat pening nak pilih nak singkir yang mana..

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Azhan Rani tu kelakarla..pantang betul dia nampak perempuan cantik :D

    ReplyDelete