Breaking News

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 2020 - Episod 22


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 2020 - Episod 22

Tanpa pengetahuan Khuzairi dan juga Pak Samad, Mak Leha datang berjumpa dengan Mia Adriana, memberi amaran agar meninggalkan Khuzairi sebaik sahaja melahirkan anak. Mia tidak cepat menyerah kalah, dia ada agendanya sendiri iaitu bersetuju untuk pulang ke kampung dan tinggal di kampung sehingga bersalin, mengejutkan Mak Leha dan juga Khuzairi. Pak Samad menerima dengan hati yang terbuka kerana dia tidak sanggup berjauhan dengan Alisa. Di kampung, Mia betul-betul menguji kesabaran emak mentuanya. Khuzairi turut menjadi mangsa sehinggakan Mak Leha kesianmelihat anaknya yang terpaksa mengikut permintaan Mia Adriana yang bukan-bukan. Khuzairi tidak pernah menolak, apa sahaja permintaan isterinya, dia akan tunaikan sehingga Zaidi turut kesian melihatnya. Mia juga terlebih manja dengan emak mentuanya setiap kali berada di depan Khuzairi dan juga yang lain-lain.

Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah

3 comments: