Breaking News

Jawab Survey Dapat Ganjaran Wang


Assalamualaikum..

Tengah buat apa tu cuti hujung minggu ni? Cik Nor macam biasalah dok mengadap notebook jer la. Bukan 24 jam yer. Biasa Cik Nor mengadap notebook lepas solat subuh. Masa ni lah sesuai nak updates blog sebab idea tengah banyak. Kalau dah tengahari banyak gangguan la pulak.hehe. Pagi-pagi ni jugaklah Cik Nor cari side income dengan menjawab survey.

Kalau sebelum ni Cik Nor kongsikan jawab survey dapat voucher jer kan. Tapi ini Cik Nor kongsikan dengan korang jawab survey dapat duit pulak. Seronok weh kalau jawab survey dapat duit ni. Setakat ini Cik Nor dah kumpulkan 7.50 usd bersamaan dengan RM30.53. Oklah tu kan sambil golek-golek atas katil jawab survey dan dapat duit dalam usd pulak tu. Dari korang dok layan games tak dapat apa-apa tu baik jawab survey kan. Ada juga hasil.

Mesti korang tak sabar nak tahu survey apa kan? Ni hah..survey kat https://surveytime.io/. Macam Biasa sebelum join apa -apa survey mesti kena daftar dulu. Cik Nor jenis yang pemalas daftar guna akaun gmail jer. Cepat dan pantas bak kata orang pemalas macam Cik Nor ni.haha. Bila dah daftar tu setiap hari korang akan dapat notification kat email kalau ada survey. Kalau dah dapat tu kena cepat-cepat jawab takut penuh. Cik Nor ni jenis yang ambil sambil lewa selalu terlepas survey. Sudahnya tak dapat income la.huhu.


Takut korang tak percaya apa yang Cik Nor tulis ni, Cik Nor printscreen akaun paypal Cik Nor sebab nak tunjuk income yang Cik Nor dapat sejak jawab survey tu. Tu Cik Nor main-main tau. Kalau sungguh-sungguh banyak dari tu Cik Nor boleh dapat. 1 survey dapat 1usd. Paling tak ada korang boleh dapat 0.50 usd. Kira ok dah tu kan dari dapat 0.hehe

Saper nak buat side income boleh lah klik link yang Cik Nor bagi kat atas tu. Mana tahu hujung bulang boleh cash out buat isi petrol or beli topup. Zaman sekarang ni, buat jer kerja apa janji dapat duit. Oppss..yang halal jer..jangan mencuri pulak.hehe

3 comments: