Breaking News

Sinopsis Drama Pencipta Pegang Waktu




SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU

Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu
kampungmemanggil Zee 'lintah lembik'. Ayah mereka ialah bilal di kampung dan tegas 
dengan Zee dan Zaman tapi tak pernah marah dan tidak pula pernah suka Zee dipanggil
begitu. Hanya ibu yang memahami. 

Selepas ibu meninggal dunia, Zee rasa kehilangan yang menyeksanya. Dia hilang tempat 
berlindung. Zee mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung dari arwah ibu. Zee
ingin bekerja di bandar dan mahu berjaya dengan bakatnya. 


Zaman kecewa melihat keadaan adiknya yang tidak pernah berubah dan semakin lembut.
Zee cuba fahamkan abangnya tapi Zaman tak terima. Ibu sudah tiada dan ayahnya banyak
memendam perasaan. Zee membawa diri ke bandar. Walaupun Zee tahu rutin harian 
abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti
mendoakan ayah dan abangnya.


PELAKON : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, 
Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir

2 comments: