Drama 7 Hari Mencintaiku 2 - Episod 29
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 - Episod 29
Ketika berada di dapur, Mia Adriana ketepikan kerana keadaan dirinya yang sarat mengandung tetapi dia ingin membantu Mak Leha yang hampir-hampir terjatuh di dalam bilik air. Mak Leha panik melihat keadaan Mia Adriana ketika itu kerana banyak darah yang keluar. Dia meminta pertolongan daripada Sofi agar menghantar Mia ke hospital. Mia sempat meminta maaf dengan emak mentuanya dan juga membuat permintaan jika dia meninggal dunia, dia minta jasadnya dikebumikan di kampung kerana dekat dengan anak-anaknya. Mak Leha tersedu-sedu, dia sudahpun memaafkan menantunya. Mia Adriana selamat melahirkan anak lelaki dan Khuzairi yang menemaninya ketika dia sedang bertarung nyawa. Dia batalkan niatnya untuk pergi meninggalkan suami dan anak-anaknya selepas dipujuk oleh Khuzairi, Mak Leha dan juga Alisa. Mia Adriana dibenarkan keluar dari hospital pada hari raya kedua dan Mak Leha yang menjaganya di dalam pantang atas permintaan Mak Leha kerana ingin membalas jasa Mia Adriana yang menyelamatkannya ketika dia terjatuh di dalam bilik air.
Pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahaya, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Jaja Iliyes, Bil Azali, Shaharuddin Thambi, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Anne Abdullah
No comments