Breaking News

Drama 7 Hari Mencintaimu 2 ( 2020) - Episod 10


Sinopsis Drama 7 Mencintaimu 2 (2020) - Episod 10

Mia terima surat perletakkan jawatan dari Pak Samad. Khuzairi minta maaf dari abahnya kerana dia tahu abahnya terasa dengan Mia Adriana. Pak Samad membuat permintaan daripada Khuzairi agar membawa Alisa berjumpa dengan Mak Leha kerana Mak Leha sangat rindukan Alisa. Sofi sedih mendengar cerita tentang bekas bapa mentuanya. Dia tidak menyangka Mia sanggup berbuat demikian kepada Pak Samad kerana Mia langsung tidak memberi peluang kepada Pak Samad untuk membuat penjelasan. Tetapi Sofi lebih percayakan bekas bapa mentuanya daripada ibu saudaranya sendiria. Pak Samad bukan sahaja sedih dengan kata-kata Mia tetapi dia juga sedih dengan isterinya kerana Mak Leha juga tidak percayakannya lagi. Dia perlukan kepercayaan dari isteri dan juga anak-anak. Mak Leha berkeras, sepertimana dia tidak boleh menerima perbuatan Puan Hayati, begitu jugalah dia tidak boleh menerima suaminya.

3 comments:

  1. kenapa cuma perlu 7 hari mencintaimu? Bukan ke lebih baik mencintaimu sepanjang hayatku? hehehe

    ReplyDelete
  2. Drama ni mmg dinanti walau geram bebenor bila nengoknya 😅

    ReplyDelete