Breaking News

Resepi Cekodok Pisang

Sumber google

Assalamualaikum

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni mesti ramai yang mencari resepi yang simple untuk seisi keluarga. Mana taknya, kena berkurung mesti perut sentiasa lapar.  Kena pulak keluarga yang ramai ahlinya. Mesti nak kena ada makanan sokmo kat atas meja, tak kira ringan atau berat. Jom Cik Nor kongsikan resipi cekodok pisang simple.

Resepi Cekodok Pisang

Bahan-bahannya :

1. Beberapa biji pisang (tak kira jenis apa janji yang boleh digoreng- biasa Cik Nor guna pisang kapas kerana pisang ni manis)
2. Tepung gandum (mengikut pisang yang digunakan)
3. Gula (ikut tahap kemanisan yang korang mahu)
4. Garam
5. Air
6. Yis (mauripan)

Boleh juga cuba resepi : Resepi Pengat Nangka

Cara-cara membuatnya : 

1. Lenyekkan/ blend pisang tadi. Kalau Cik Nor suka lenyek jer pisang tu sebab dia tak hancurkan sangat. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Jangan terlebih tepung gandum takut keras pulak.

2. Masukkan gula dan sedikit garam. Adun sehingga sebati.


3. Yis tadi dicampur dengan sedikit air untuk larutkannya. Bila dah larut masukkan ke dalam adunan tadi, kacau dan biar seketika. Bila dah nampak ia kembang boleh la di goreng.

4. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Bila dah nampak macam dalam gambar kat atas tu boleh la diangkat dan dihidangkan.

Sesuai dihidangkan diwaktu pagi atau petang. Selamat mencuba.

8 comments:

  1. Bulat cekodok cik nor.. yis kot ek..ummi buat masa goreng bulat bila da lame angin klua kempis plak. Hehe..tq for resipi bole try ubuh yis

    ReplyDelete
  2. sedappnyaa cekodok pisang ni . makan pada waktu petang best ni. sambil minum kopi

    ReplyDelete
  3. eheh betul tu CikNor.. pakat jenuh fikir resepi apa nak buat =p

    ReplyDelete
  4. hari tu ada buat gak, cekodok pisang planta...sedap tau gaul planta! dia akan jadi bulat2 gak, rangup kat luar, lembuttt sangat kat dalam

    ReplyDelete
  5. cam sedap ni kak nor. Boleh try nanti ni. Tq share resepi

    ReplyDelete
  6. ala, cik nor ni..share resipi cekodok plak..mana nak cari pisang time musim2 PKP ni..saja je,kan..haha

    ReplyDelete