Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).
Assalamualaikum..
Malam tadi Perdana Menteri kita telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) bagi mengelakkan berlaku nya jangkitan Covid19 dengan lebih serius lagi. Semoga dengan cara ni kita dapat mengawal jangkitan Covid19 ini. Tempoh masa perintah ini berkuatkuasa dari 18-31 Mac 2020. Manakala kawasan liputan perintah terpakai di seluruh Malaysia.
Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Baca juga : Apa Itu CoVid19
Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan
Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu:
i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;
ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;
iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan
vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).
Semoga kita semua mematuhi perintah larangan ini dan sama-sama berdoa moga Allah jauhi negara kita dari segala bala dan bencana. Aamiin.
moga wabak ini cepat berakhir.....thanks for the share...
ReplyDeletestay safe cik nor
ReplyDeleteByk kedai tutup n stok makanan berkurangan...
ReplyDeleteSemoga wabak ini cepat hilang. Aamiin. Take care kak
ReplyDeleteSemoga wabak ni cepat berakhir dan Allah lindungi kita semua..
ReplyDeletetake care CikNor.. duduk rumah k.. semoga kita semua
ReplyDeletesentiasa dilindungi. cepatlaaa ujian ini berakhir..
Marilah kita beramai-ramai duduk diam diam kat rumah je
ReplyDeletesetakat ni aida sgt patuh!
ReplyDeleteasben je kluar gi beli brg kat Mydin ari tu.
beli ringkas ringkas jer, cik nor.
more to brg kering.
brg basah, sayur, stok mcm x byk dah kat mydin, kedai runcit :(