Resepi Pengat Nangka
Sumber gambar dari google
Assalamualaikum..
Minggu lepas tengah scroll kat facebook terbaca la status Puan Fauziah (Staf Tourism Malaysia Cawangan Pahang) tengah tayang pengat nangka yang mak dia buat. Cik Nor pun apa lagi cepat-cepat minta resepi pengat nangka dari dia. Memandang nangka ada jer terbiar dok dalam peti sejuk, lebih baik buat sesuatu sebelum ianya menjadi tidak elok. Jom Cik Nor kongsikan resepi ringkas pengat nangka ini.
Resepi Pengat Nangka
Bahan-bahannya :
1. Isi nangka yang dipotong mengikut kegemaran korang (lebih kurang 1kg)
2. Santan pekat (diambil dari 1 biji kelapa)
3. 2 ketul gula melaka
4. 1 Cawan gula (nak manis boleh tambah lagi)
5. Daun pandan
6. Garam secukup rasa
Korang boleh cuba : Resepi Koktail Buah-buahan Viral
Cara membuatnya :
1. Santan dimasak bersama gula melaka, gula, garam dan daun pandan sehingga sebati semuanya.
2. Kemudian masukkan isi nangka dan biarkan ia mendidih seketika. Jika nampak isi nangka telah empuk bolehlah ditutup apinya.
3. Bila dah sejuk boleh lah dimasukkan ke dalam peti sejuk sekirannya korang suka makan yang sejuk. Kalau tak boleh sahaja dimakan begitu.
4. Biasa Cik Nor makan pengat nangka ini bersama pulut atau pun roti kosong.
Selamat mencuba.
Resepi ini juga : Resepi Bubur Kacang Hijau Dengan Durian
* korang boleh jer masukkan sagu dalam pengat nangka ni.
nieyl suka pengat pisang, nangka sbb nieyl x leh makan sbb angin..teruk..
ReplyDeleteSedapnya.. terus rasa nak cari nangka nanti..
ReplyDeletebaru hari tu petik nangka kat rumah mak cik tp mkn mcm tu je lbh hantar masjid
ReplyDeletewahhh.. sedap ni :)
ReplyDeletebiasa buat bubur/pengat lain letak nangka as sampingan je. pasni boleh la wat pengat nangka
ReplyDeletetak pernah makan pengat nangka...pengat pisang, labu, pernah...
ReplyDeletealahai sedapnya
ReplyDeletesedapnya..nasib lah kita tak berani makan nangka..klu tak, mau laju cuba resipi ni..
ReplyDeletepernah makan tapi xleh jadi fevret hehe.. tp makanla kalo ada orang kasi ke orang jamu..
ReplyDeletesuka pengat pisang n labuuu =D
lama dah tak makan pengat ni
ReplyDelete