Tips Supaya Tidak Bosan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Assalamualaikum..
Mesti ramai yang bosan kan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni? Biasa kala hari minggu mesti korang keluar berjimba tapi sepanjang 14 hari korang tak boleh keluar ke mana-mana kecuali keluar hanya untuk urusan penting dan membeli barang keperluan. Selain dari menonton drama kat tv, smartphone atau laptop banyak lagi aktiviti yang korang boleh lakukan.
Jom Cik Nor bagi cadangan apa yang korang boleh lakukan sepanjang tempoh tersebut supaya tidak bosan.
1. Membaca Novel
Bagi korang yang suka beli novel tapi tak sempat nak baca dihari bekerja atau hari minggu inilah masanya untuk korang baca semua novel yang korang beli bertimbun selama ni. Bila tak ada kerja nak buat dan baca novel pun tak tergesa-gesa feeling dia lain tau. Terasa kita pulak yang jadi watak dalam novel tu. Tak caya try buat..hehe
2. Mengemas rumah atau bilik
Ini perkara yang paling sukar untuk dibereskan bila hari bekerja. Dah lah keluar rumah awal pagi, balik pulak nampak-nampak tanah dah. Bila masa nak mengemasnya. Takat nak sapu habuk atu pasir tu boleh la, kalau nak nampak kemas memang tak sempat la. Mana nak mandi lagi, nak masak atau nak rehat. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ni korang boleh buat macam-macam selain mengemas. Nak deco apa pun boleh sebab panjang masa perintah ni.
3. Belajar masak atau baiki skill memasak
Bagi yang bujang masa ni lah korang nak belajar memasak. Orang kata try and error. Tak sedap tak apa janji kita nak belajar. Tak tahu nak tengok resepi kat mana? Kat youtube ada, facebook pun ada. Jangan malas nak mencari. Dapat resepi pandai-pandailah olah mengikut citarasa kita sebab resepi yang korang tengok tu tak sama dengan citarasa kita.
Baca juga Tips Jimat Belanja
4. Praktikkan Hobi
Hobi korang ni macam-macam. Ada yang suka berkebun, ada yang suka memasak, ada yang suka membaca dan macam-macam lagi lah. Bagi yang suka berkebun, inilah masanya untuk korang membuat mini kebun sendiri. Tak kiralah korang nak tanam sayur, pokok herba ataupun bunga janji impian korang nak ada kebun sendiri tercapai. Seronok berkebun ni, selain dapat hasil ia juga dapat menjadi terapi disaat kita stress ditempat kerja.
5. Membersih Kawasan Luar Rumah
Ini memang tak sempat buat kalau hari bekerja. Kalau hari minggu mesti nak keluar berjimba kan. hehe. Masa ni lah korang nak tebas semak samun kat belakang rumah tu. Bila dah bersih bolehlah ditanam dengan kunyit, serai, pokok pandan dan sebagainya. Bila dah boleh dituai, jimat duit belanja korang. Sesetengah rumah ni ada juga stor diluar rumah, inilah masanya nak spring cleaning stok tersebut. Mana yang tak perlu dan dah rosak boleh lah dibuang supaya tidak semak mata memandang. hehe.
Itulah beberapa tips yang korang boleh praktikkan sepanjang tempoh Kawalan pergerakan. Semoga bermanfaat kepada korang.
Waalaikumsalam.
ReplyDeleteSaya buat ulangkaji dan bantu ibubapa. Itu antara aktiviti sepanjang tempoh ini. 😊
Bagus tul tips yg cik nor kongsi. Abe kie pun tgh tanda kertas ujian ni. Hehehe...
ReplyDeleteSetakat ni no 2 & no 3 yang dibuat.
ReplyDeletetetiba skrg rasa mcm minat plak masak masak :)
sy tag Ciknor https://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/contest-saya-mahu-produk-creative.html
sedar tak sedar dah 6 hari. time sure flies.
ReplyDeleteBiasa buat no 2 dan no 3 tu je lah setakat ni :)
ReplyDeletebab memasak tu is terpaksa la,cik nor :) ha ha ha ha...
ReplyDeletefengsan otak ni dok pk pe nak masak. dah le dlm freezer brg xde.
hu hu hu hu...
ari ni aida plan nak kemas bilik.
laman da kemas, alhamdulillah...
Bagus tip Cik Nor share ni. Hat no 1 tu lama dah Ruby tak buat. Baca novel. Sekarang banyak baca yang digital mcm google/medsoc ni. Hehe.
ReplyDeleteNak berkebun tu, tanah tak berapa nak ada. Umah apartment. Kiki. Alasan je tu.
Harap berakhirlah cepat² covid 19 ni. Boleh hidup seperti sediakala semuanya. Aamiin
saya time pkp elok tengah berpantang..so tak ada rasa beza sangat
ReplyDeleteNo 2 & 5 buat jadi dgn anak-anak..Alhamdulillah
ReplyDeleteBaju Kanak-kanak Muslimah
Bestnya artikel ni! Keep it up!
ReplyDeleteInspired Perfume Malaysia