Breaking News

Bila VIP Datang Buat Lawatan


Assalamualaikum..

Maaf la hari ni baru sempat bersiaran. Sibuk sikit, yelah sibuk padahal line internet buat hal.haha. Mesti korang pelik baca tajuk entry Cik Nor tu kan? VIP mana lah pulak datang rumah Cik Nor ni. Tunggu cerita selanjutnya sekejap lagi..hihi. Majlis ni dah lama berlangsung tapi baru sempat Cik Nor up kat blog.hehe

Kalau tak silap Cik Nor majlis ni berlangsung pada 16/2/2020. Siapa yang datang? Mestilah VIP kan. 2 orang VIP hadir pada majlis ini iaitu Dato' Sawalludin Bin Ahmad (Pengarah Bahagian Padi & Beras, LPP Kelantan) dan Datuk Mazlan Bin Aliman ( Pengerusi Pertubuhan Peladang Malaysia)


Mesti korang tertanya-tanya kenapa VIP ni datang? Untuk makluman korang, adik Cik Nor seorang OKU dan merupakan petani moden yang berjaya mengusahakan kebun sayuran sendiri. Kedatangan mereka adalah untuk melihat sendiri kawasan kebun sayur yang adik Cik Nor usahakan. Selain itu juga mereka ini menambah modal untuk adik Cik Nor besarkan lagi projek kebun sayur ini.


Lawatan Dato dan pegawai pertanian dan peladang Negeri Kelantan ke kebun cili tapi sayang hanya tinggal tunggul sahaja kerana adik Cik Nor baru sahaja memotong pokoknya untuk ditanam dengan tanaman baru. Nak buat macam mana Dato datang tak kena masa.hihi. Tapi sempat la adik Cik Nor terangkan cara penaman cili secara fertigasi. Korang jangan tanya cik Nor pasal penanamannya sebab Cik Nor tahu ambik hasil yang telah dituai untuk dimasak.haha


Pernah sekali Cik Nor masuk kebun untuk tolong mak tuai petola, tahu apa jadi? Ibu jadi kaki Cik Nor tiba-tiba bengkak, mungkin sebab elergik racun perosak atau baja yang digunakan. Lepas kejadian tu Cik Nor langsung dah tak jejak kaki dalam kebun sayur tu.haha

เพˆ

Yang ni pula lawatan ke kebun terung tapi bukan adik Cik Nor punya, kebun ni kepunyaan kakak Cik Nor. Sempat la Dato menuai terung untuk dibawa pulang. Cik Nor ambik gambar dari jauh jer, takut mengganggu staf mereka yang sedang live. Cik Nor tak pasti mereka buat live kat mana.hehe


Part kebun dah habis, masuk pulak bab makanan untuk mereka yang hadir. Sehari sebelum majlis memang tak cukup rehat sebab VIP nak datangkan. Kalau ikutkan staf Pertanian Cawangan Machang mereka mahukan yang biasa-biasa sahaja tapi kami sebagai tuan rumah mesti nak yang terbaik walaupun tak perfect. Tengok khemah pun dah mahal takkan makanan yang dihidangkan biasa-biasa jer. Menu wajib untuk majlis ini hanyalah minuman panas dan kuih muih sahaja tapi mak Cik Nor macam tak puas hati jer, dia g tambah bihun goreng dan kek pisang. 


Bersengkang mata kami malam tu nak siapkan hidangan ini. Kalau tak silap kami hanya tidur 1 jam setengah jer. Tapi tak apa juadah dan dekorasi kami yang tak seberapa itu mendapat pujian dari pegawai Pertanian Cawangan Machang. Dekorasi meja tu lebih kurang macam korang makan kat hotel tu tapi sayang set gelas, cawan dan pinggan yang digunakan berbeza-beza.haha. Nak buat macam mana kami bukan pengusaha catering.


Ini lah kuih yang paling laris pada hari tersebut. Kuih tepung bungkus mak Cik Nor memang tersohor dikampung ni. Kalau tak tersohor masakan ada orang sanggup tempah sampai 500 bungkus.hehe. Kuih yang ni 100% mak buat Cik Nor hanya tolong siki-sikit jer. Kuih yang Cik Nor buat ialah karipap. Kuih-kuih macam tu pandai la Cik Nor buat. Tu pun hasil google dan olah sendiri untuk rasa yang lebih sedap.

4 comments:

  1. Waaa rumah Cik Nor betul kawasan lapang kebun tu ke? Bestnyaaa, mesti sejuk mata memandang kannn..moga adik Cik Nor terus berjaya..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Tahniah untuk adik cik Nor ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. semoga bertambah rezeki cik nor dan adik beradik sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. wahhhhh syokk arrr adik beradik petani hebat! semoga semakin berjaya! ameen ameen...nak sikit tepung bungkus tu

    ReplyDelete