Breaking News

Resepi Donut Labu

Sumber gambar dari google

Assalamualiakum..

Rasanya macam dah lama Cik Nor tak kongsi resepi versi Cik Nor kat sini. Almaklumlah sibuk kongsi pasal percutian Cik Nor tu jer. Hihi. Resepi kali ni mudah jer. Pejam mata pun korang boleh buat punya lah. Eh..eh..kalau pejam mata macam mana nak buat kerja kan? Tanpa membuang masa jom Cik Nor kongsikan apa bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Resepi Donut Labu Versi Cik Nor

Bahan-bahanya :

1 cawan isi labu (yang telah direbus dan dilenyekkan)
1 1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
2 sudu besar gula
2 sudu besar yis
620 gram tepung gandum

Cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan, tepung gandum , isi labu, susu pekat manis, minyak masak dan gula. Gaul ke semua bahan tersebut sehingga sebati.

2. Yis di masukkan ke dalam air suam untuk mempercepatkan proses panapaian.  Setelah yis sebati bolehlah di masukkan ke dalam adunan no.1 tadi. Sekirannya adunan tadi nampak keras boleh lah ditambah sedikit air.

3.  Biarkan adunan tadi selama beberapa jam supaya ia betul-betul kembang. Biasa Cik Nor akan proses adunan waktu malam dan akan goreng adunan di waktu pagi. Terpulang pada korang untuk menggorengnya pada waktu bila.

4. Setelah siap proses membuang angin dalam adunan korang boleh la tekad adunan secara manual atau menggunakan acuan donut. Setelah donut yang di tekad tadi nampak gebu boleh lah di goreng sehingga kekuningan.

5. Sejukan dan boleh lah di tabur gula halus atau pun di celup dengan coklat cair mengikut citarasa korang.

Dah siap untuk dimakan. Boleh dihidangkan diwaktu pagi atau pun petang. Selamat mencuba.

Untuk Resepi Keria Gula Melaka  boleh rujuk sini.

7 comments:

  1. sedap ni! lemak2 rs labu.. nyummm!

    ReplyDelete
  2. Boleh Cuba ni cik nor..
    TQ share resepi..
    CH suka labu..

    ReplyDelete
  3. umi saya biasa masak bubur labu dan labu masak lemak je. mungkin nanti boleh suggest buat donut labu pula hehehe

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Sedapnyaaaa. Esok nak minta mak buat lah. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. Menarik ni guna labu. Boleh cuba sebab suka makan labu. Thanks share resepi Kak Nor

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan donat labu...sama macam keria ke

    ReplyDelete