TOP 5 PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK DI SELANGOR
"Matlamat bagi pembaharuan penjagaan kesihatan mestilah berkualiti tinggi dan sejagat dengan menggunakan cara
yang lebih kosefektif". Setiap hospital memainkan peranan yang sangat penting dalam merawat setiap pesakit
yang hadir untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. Oleh itu, kami
ingin mengesyorkan kepada anda Top 5 Pusat Penjagaan Kesihataan Terbaik di Selangor.
1. KPJ Damansara Specialist Hospital
Hospital
Pakar KPJ Damansara terletak di lokasi elit di Kuala Lumpur yang sering menjadi pusat ekspatriat dan pemuda eksekutif.
Hospital Pakar KPJ Damansara adalah sebahagian daripada KPJ Healthcare Group,
salah satu daripada penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini yang
mempunyai pengalaman lebih daripada 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan.
Pesakit-pesakit tempatan dan antarabangsa gemar ke hospital ini kerana perkhidmatannya
yang dianggap berkualiti setaraf dunia dalam bidang Kardiologi, Pembedahan Bariatric, Onkologi, Pemupukan In Vitro (IVF), Ortopedik, Pediatrik & Neonatologi,
dan Pemeriksaan Kesihatan.
2. Sunway Specialist Centers Damansara
Pusat Pakar
Sunway Damansara (SSCD)
memberi tumpuan kepada penyampaian konsultasi pakar pesakit luar dan perkhidmatan pembedahan hari.
SSCD adalah anak syarikat Pusat Perubatan Sunway (SunMed),
salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia. Setiap Pusat Perubatan dibawah naungan Sunway
dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan moden,
disokong oleh satu pasukan profesional penjagaan kesihatan yang berpengalaman termasuk perunding perubatan,
kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat berdedikasi.
3. The Tun Hussein Onn National Eye Hospital
Tun
Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh
Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang
juga Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) (1975 - 1990).
Selama lebih dari 30 tahun, Tun Hussein Onn National Eye Hospital
telah membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan penjagaan kesihatan mata khusus
yang berkualiti dalam pelbagai kepakaran dan mempunyai sub kepakaran yang
komprehensif dengan menggunakan teknologi terkini bagi menawarkan rawatan perubatan
yang termaju dalam bidangnya.
4. Avisena Specialist Hospital
Avisena
Specialist Hospital terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah di Subang, di pusat bandar Selangor dengan jarak memandu 35
minit ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Hospital ini dilancarkan oleh Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin
Baca juga : Sky Mirror Kuala Selangor
Baca juga : Sky Mirror Kuala Selangor
Abdul
Aziz Shah dan disambut oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Turut hadir pada pelancaran itu ialah YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar
Selangor. Avisena Specialist Hospital adalah sebuah kumpulan penjagaan kesihatan
yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer,
perkhidmatan pakar dan program kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat,
pelanggan tempatan dan antarabangsa.
5. Columbia Asia Hospital Bukit Rimau
Hospital Columbia Asia Bukit Rimau adalah sebuah hospital
pelbagai bidang pengkhusus yang terletak di Shah Alam yang juga berhampiran dengan komuniti-komuniti
di Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya. Hospital Columbia Asia
mempunyai kakitangan dan jururawat yang berkemahiran tinggi dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan
yang terkini. Hospital ini juga meliputi pelbagai bidang perubatan seperti Kardiologi,
Ortopedik, Rheumatologi, Perubatan Kecederaan Sukan, Pediatrik, Pembedahan Am,
Radiologi dan Urologi.
Setiap hospital
memerlukan doktor panel yang cukup pakar dan arif dalam pelbagai bidang perubatan kesihatan.Justeru,penting bagi setiap
hospital untuk merawat setiap orang pesakit dengan penuh amanah dan dedikasi.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Alhamdulillah terima kasih info. Terbaik 😁
ReplyDeletecolumbia asia puchong... tmpt kerja pertama sy. ms sy keje dulu cuma ada 3 buah je CA kat Malaysia. puchong yg kedua selepas seremban (1 lg kt sarawak kalau x silap). msk 2020 ni entah dah berapa buah cawangan agk nya....
ReplyDeletekita kenal Hospital Shah Alam je sebab depan rumah adik je..hahahahah
ReplyDelete