Biodata Tan Sri Muhyidin Yassin
Assalamualaikum..
Alhamdulillah rakyat Malaysia baru sahaja menerima Perdana Menteri yang baru awal minggu ini. Tahniah dan selamat menunaikan tanggungjawab kepada negara buat Tan Sri Muhyidin Yassin. Semoga negara sentiasa aman dan maju dibawah pemerintahan Tan Sri. Aamiin.
Jom Cik Nor kongsikan biodata Perdana Menteri Malaysia ke 8 ini. Mana tahu kot ada yang tak kenal macam dalam video viral kat facebook baru-baru ini.hihi
Nama : Tan Sri Mahiaddin Md Yasin @ Muhyiddin Yassin
Isteri : Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 15/05/1947 (72 tahun)
Tempat Lahir: Muar, Johor Darul Tak'zim
Nama Anak : 1. Fakhri Yassin
2. Nabilah
3. Najwa
4. Farhan Yassin
Pendidikan:
B.A. (Hons) (Economics & Malay Study) Universiti Malaya (UM)
Politik :
Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978
Baca juga Biodata Azar Azmi
Kerjaya:
1970 - Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
1974 - Penolong Pegawai Daerah Muar
1978 - Pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat apabila memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum kelima
1981 - Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri
1982 - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
1983 - Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri
1986-1995 - Menteri Besar Johor ke-13
1995-1999 - Menteri Belia dan Sukan
1999 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
2004-2006 - Menteri Pertanian
2006-2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2009-2013 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
2015 - Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri (UMNO-BN)
2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO
Ogos 2016 - Asaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden
2018 - Presiden, Pakatan Harapan Negeri Johor
- Menteri Dalam Negeri (di bawah kerajaan Pakatan Harapan)
2020 - Dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan
Sumber : SINI
Diharapkan Tan Sri dapat memberi yang terbaik kepada Malaysia. :)
ReplyDeleteDone follow blog cik nor. yey!
Semoga PM baru berkhidmat utk rakyat dan negara dgn lebih baik...
ReplyDeleteSemoga PM baru ni lebih berjiwa rakyat dalam pemerintahan beliau nanti..
ReplyDelete