Breaking News

Atasi Masalah Tumit Kaki Kering Dengan Neem Balm Dari ZM Beauty

Assalamulaikum..

Musim panas macam ni bermacam masalah timbul yang melibatkan kulit kering. Salah satunya kulit kering dan paling ketara sekali di bahagian tumit. Bahagian tumit memang agak sensitif sikit kalau kulit kering. Bukan setakat pecah jer, silap-silap haribulan siap dapat pakej berdarah sekali.

sumber gambar dari google

Contoh macam  tumit kaki  Cik Nor ni hah. Dulu tak adalah teruk macam ni. Kalau nampak kering cuma sapukan losyen terus hilang kesan rekahan dia. Sekarang ni pakai losyen pun tetap jugak kering dan merekah. Bukan takat merekah jer, siap ada pakej tapak kaki berduri lagi. Kalau berjalan atas karpet macam karpet tu ikut kita pulak. Sedihkan bunyinya. Sikit lagi nak berdarah weh..seriau tau kalau tumit macam ni. Buntu jugak mencari jalan penyelesaian masalah ini. Sehinggalah Cik Nor diperkenalkan dengan Neem Balm.

sumber gambar dari google


Neem Balm? Apa tu?

Neem atau nama komersil semambu merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga Mahogani Meliaceae. Ia murupakan salah satu dari 2 spesis azadiratcha. Kalau orang tua dulu-dulu diaorang gunakan daun neem sebagai temapat lapik tidur bila anak-anak diaorang kena chicken pox. Daun neem dapat mereda dan menyejukkan badan yang agak miang dan gatal. Daun ni agak susah untuk didapati, hanya orang India yang menanamnya di sekitar kuil. Seksakan? Bila kita memerlukan daun berubat macam ni agak susah untuk didapati. Tapi sekarang ni korang tak perlu risau dah ZM Beauty dapat membantu menyelesaikan masalah korang ini. Bagaimana?


Berbalik kepada cerita asal pasal tumt kaki pecah tu. ZM Beauty menghasilkan sejenis balm dapat mengatasi masalah ini. Balm ini diformulasi dari daun neem yang Cik Nor ceritakan kat atas tadi. Tumit kaki pecah atau kering disebabkan pelbagai punca. Antaranya terlalu terdedah kepada suhu sejuk seperti penghawa dingin, kekurangan air dalam badan, penggunaan sabun mandi yang tak sesuai dan pelbagai lagi. Sebenarnya kalau berus jer tapak kaki tu hilang la kejap tapi macam tak puas hati la pulak kalau hilang sekejap. Tambah-tambah tumit dah keluar macam duri tu, alamak tak mungkin ni..huhu


Sekarang tak perlu dah berus tumit kaki tu, cuma sapukan Neem Balm ni setiap kali selepas mandi. Tapi korang kena ada kerajinan lah sikit kalau nak tumit kaki tu cantik semula. Jangan kejap pakai, kejap tidak. Bila nak dapatkan hasilnya kebaboom macam tu. Paling malas pun korang guna waktu pagi dan nak tidur malam. Kalau 2 waktu ni malas jugak tak tahu nak cakap apa la Cik Nor. hehe.


Kenapa Cik Nor Pilih Neem Balm?

*  Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM)
*  Bebas dari bahan kimia yang berbahaya 
*  Lebih semulajadi
*  Mudah menyerap ke dalam kulit dan tidak berminyak yang melampau
*  Berbau wangi
*  Paling penting menggunakan daun neem asli



Kandungan Neem Balm

Seperti yang korang sedia maklum, kandungan Neem Balm keluaran ZM Beauty semuanya menggunakan bahan semulajadi seperti serbuk neem, minyak zaitun, minyak bunga, lavender dan Teh Hijau. Betul tak apa yang Cik Nor bagitahu? Semuanya semulajadi, insya Allah tidak ada kesan sampingan bila korang guna. Ia telah di uji secara klinikal di makmal PERMULAB SDN BHD KKM NOT 181101999K


Bila Neem Balm Di Perlukan?

Kalau macam Cik Nor neem balm ni sangat diperlukan semasa di pejabat. Ini kerana selama 8 jam Cik Nor dalam penghawa dingin. Maka akan terjadilah kulit kering. Bila lepas solat losyen atau apa-apa krim pelempab yang kita paki sebelum ini akan dicuci sebelum kita mengambil wuduk. Tak mungkin la kita nak bawak botol losyen yang gedabak tu hulur hilir ke pejabat.  Kalau bawa neem balm kan senang, boleh masuk dalam handbag jer. Ia dicipta untuk dibawa ke mana sahaja kita pergi dan tidak membebankan kita. Senang dibawa dan mudah diguna dimana sahaja.



Pengalaman Cik Nor Selepas Menggunakan Neem Balm.

Kalau tak gembira tu bohonglah kan. Memang tersangat gembira la sebab tumit kaki yang pecah dan hampir merekah kembali lembab seperti sediakala. Kalau sebelum ni macam ada duri kat tumit tu sekarang dah tak ada lagi. Karpet kat pejabat tu tak ada dah yang ikut jalan sekali. hehe. Neem balm memang terbukti berkesan dan selamat digunakan. Kalau ada tumit kaki kering, pecah atau kurang menarik dipandang, ingat neem balm yer.


Dengan setiap pembelian Neem Balm ini korang akan diberi percuma  case, keychain dan termometer digital (sementara stok masih ada)

Berminat la tu nak dapatkan Neem Balm ni. Ataupun korang berminat untuk menjadi agen boleh lah kilik link yang Cik Nor bagi dibawah ini : 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Page: ZURAINI.COM

IG: @neembalmhq

FB Page: NeemBalmHQ

Whatsapp: 011-32484182

Call: 07-7550792


21 comments:

  1. Memang bagus Neembalm ni, dia melembabkan kulit yang kering, Sis pun suka...lagi cuaca panas cmni, bukan kata berminyak jadinya tapi lebih kepada kering ...

    ReplyDelete
  2. Wah memang nampak perbezaan lah dekat tumit tu. Bestnya.

    ReplyDelete
  3. mmg nk cari. sejak masuk acara lari2 ni, tumit sy mmg dah x de rupa tumit lg hehehe

    ReplyDelete
  4. wahh..bagusnya..nieyl mmg ade masalah tumit kaki tuu

    ReplyDelete
  5. Alamak..ciknor macam tau-tau je saya ada masalah tumit kaki sekarang ni. Pow duit laki la beli yang ni..kuikui..

    ReplyDelete
  6. Hihi.... nak tergelak pulak bila cik Nor ckp bila jalan kat carpet, mcm carpet ikut sekali .... betullah kan cik nor, hakak ni lagilah tumit kaki dah beranak pinak, lainlah cik nor tumit anak dara hihi...

    ReplyDelete
  7. Nampak moist je kan...sekarang ni mcm2 masalah dermatologi...kalau pi tgk kt hospital mmg ramai kena kulit kering ni

    ReplyDelete
  8. eyh terkena pula buka entry ni. thanks cik nor

    ReplyDelete
  9. org lelaki pun kena sapu ubat ni kat tumit...

    ReplyDelete
  10. Fiza pun ada masalah tumit kaki merekah, memang elok sangat produk ini.

    ReplyDelete
  11. Kinah pun dah try juga cik nor. Best sangat.

    ReplyDelete
  12. nok kena beli ni,pecoh abih tumit kaki dok main atas simen huhuu

    ReplyDelete
  13. Ehhh boleh hilangkan rekahan tumit kaki ekk.. Xtahu pulak. Kita gunakan tuk gatal gatal kena ggitan nyamuk camtu. Hehe

    ReplyDelete
  14. nak sikit la cik nor..nak sapu kat tumit kaki kita..hahahah

    ReplyDelete
  15. kalau pakai heels lama2 jadi cemni gak sikit.. kena scrub.
    elok ada balm ni. senang nak sapu =D

    ReplyDelete
  16. Wah.. bestnya.. boleh dicuba nie.. tumit pun tak berapa cantik..

    ReplyDelete