Breaking News

Air Asam Paru

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Minggu lepas balik dah janji dengan mak nak masak segala isi dalam kambing yang ditumbang masa Open House tempoh hari. Orang lain tak boleh makan sebab ada masalah kesihatan. Maka Cik Nor masak untuk adik-adik jer la. Tak mask kan sayang pulak kalau rosak macam tu sahaja. Dengan bantuan mak maka terhasil lah air asam paru kambing.

Jom Cik Nor kongsi resepi air asam paru kambing.

Resepi Air Asam Paru Kambing

Bahan-bahan:
1. 1/2 paru kambing (direbus sehingga empuk)
2. 2 ulas bawang merah (dimayang halus)
3. 1 labu bawang besar (dimayang halus)
4. Cili padi (ikut citarasa korang nak pedas ke tak)
5. Cili merah (dimayang)
6. Air asam limau nipis
7. Garam, gula & perisa tambahan
8. Belacan (bagi yang tak elergik)

Cara-caranya:

1. Satukan bahan-bahan 2 hingga 8 sehingga sebati. Biarkan seketika.
2. Potong paru yang telah direbus sehingga empuk tadi mengikut citarasa korang
3. Masukkan paru ke dalam bahan no. 1 tadi. Gaul sehingga sekata dan rasa jika perlu. 
4. Jika rasanya sudah umphh.. boleh lah dihidang bersama nasi panas. 

Selamat mencuba.

11 comments:

  1. paru lembu pernah makan. paru kambing tak pernah.

    ReplyDelete
  2. macam sedap.. tapi saya tak makan paru dan juga kambing.. :(

    htpps://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sedap tgk..tapi xmkn organ2..huhu..ganti daging sedap ngak tu

    ReplyDelete
  4. ms rebus tu x msk kn cuka ya cik nor?

    ReplyDelete
  5. aida ni, tolak batu kayu besi aje, cik nor.
    hadoi lah. sedap nyer ni nampak nyer.
    tak pernah jumpa lauk gini.

    ReplyDelete
  6. merecikkk cik nor!!air asam tuuuu..tapi paru gee dok makangg..haha

    ReplyDelete
  7. Kalau tukar dengan daging boleh tak? Paru tak berapa minat pulak..

    ReplyDelete