Breaking News

Open House Cik Nor - Part 1


Assalamualaikum..

Syawal dah lama tinggalkan kita tapi Cik Nor tetap gak nak update pasal rumah terbuka Cik Nor yang berlangsung dengan jayanya pada 22 syawal lepas. Perancangan awal ingat nak buat kecil-kecil jer, sekali anak buat nak join sekali buat akikah untuk anak dia. Alhamdulillah..tumbang 2 ekor kambing dan  5okg laksa dan laksam untuk hidangan pada hari tersebut. Nampak macam besar kan, tapi biasa jer sebenarnya. hehe


Cik Nor ingat nak cuti awal tapi tak boleh la pulak banyak kerja, makan Cik Nor ambil cuti hari ahad untuk kemas rumah. Balik petang khamis tu pun dah lewat, tengok persiapan banyak tak siap lagi. mak Cik Nor pulak tak sihat, kena gout. Jalan pun tak kuat mana, tu pun sebab dah pergi suntik. Kalau tak suntik memang tak boleh jalan la. huhu. Dia dah siap kukus pulut untuk buat ketupat palas dalam empat 4kg beras pulut. Oleh kerana Cik Nor sorang yang terror bab membungkusnya., maka hadaplah Cik Nor sorang-sorang sehingga pukul 12.00mlm. Hebatkan Cik Nor.haha


Siap bungkus ketupat, buat agar-agar sirap pulak 2 bekas. Satu benda pencuci mulut pun tak siap terpaksalah juga masa tidur. Kalau tak silap pukul 3 pagi jugak lah tidur. Rabak mata weh. Dah la tidur lewat, bangun pulak awal. Mata beruang  lah hari tu. Penat ni tak payah cerita lah...opps..lupa yang dah siap cuma tapai pulut jer. Lain-lain pagi jumaat la buat..huhu


 Pagi-pagi tu settle bab kain dulu sebelum orang guna air. Sempat la mesin kain yang penuh kat dalam bilik air. Bilik air kena clear, baru orang tengok cam bersih jer. haha. Dah settle tu, siap kan breakfast untuk orang kampung yang datang tolong sembelih kambing. Kemas-kemas apa yang patut, sampai lah pulak kaum hawa untuk menyiapkan juadah untuk rumah terbuka kami.


Tepat-tepat sebelum orang lelaki balik jumaat, juadah siap disediakan. Kalut jangan cakap la, macam tak cukup kaki tangan sebab jemputan di luar jangkaan. Ingatkan macam biasa jer. Start dari lepas solat jumaat sampai ke petang. Tak putus-putus tetamu datang. Rasa nak tumbang jer masa tu tapi tahan jugak demi majlis rumah terbuka kami.


Nampak gambar macam rileks jer kan tapi hakikatnya tipu jer tu. Kami sempat bergaya hanya 1/2 jam jer kot. Lepas tu tukar kepada uniform tshirt dan kain batik sebab pinggan mangkuk sedang menanti untu di cuci..haha. Tunggu part 2 ada lagi cerita menarik yer..hihi

15 comments:

  1. walaupun bersengkang mata, mesti puas hati tengok tetamu kenyang kan Cik Nor

    ReplyDelete
  2. Fuh meriahnya raya, zumal tahun tak buat apa2 pun. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. CikNor x jemput kiteee pun ritu T.T

    ReplyDelete
  4. waaa..ciknor buat open house rupanya..bestnye

    ReplyDelete
  5. Meriahnya ciknor sampai 5kg laksa tu 😍

    ReplyDelete
  6. cik nor bila nk jemput kita dtg umh ni... hehe

    ReplyDelete
  7. Wahhh.. Bestnya.. Meriah tgk. .hihihi

    ReplyDelete
  8. mano gambar tupak palasnyoooo huhuuuu

    ReplyDelete
  9. kesian cik nor kena kerja keras. lain kali kena upah pembantu la. cuma bayar duit je...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..meriah tu..takpe sekali sekala

    ReplyDelete
  11. 2 ekor kambing tu kire besar-besaran jugak open house tu cik nor..

    ReplyDelete
  12. mn pic mkn2? x kn tayang muka je...tau laa cantik2 belaka ;-)

    ReplyDelete
  13. thn depan kot aida buat open house.
    hi hi hi kat umah baru. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  14. gambar lain plsss..haha..motip sangat..pdhal dh baca entry terbaru tu...

    ReplyDelete