Breaking News

Tragedi Buah Kundang


Assalamualaikum..

Tajuk kemain hovoc orang kata, harap-harap ceritanya pun macam tu jugak lah kan?hihi. 2 minggu lepas Cik Nor balik kampung, buah kundang yang ayah tanam kat belakang rumah galak dan lebat berbuat. Kebetulan adik pergi kait dan dapat banyak kita jugaklah sebab nak bagi kat anak buah abang ipar yang nak ke Kuala Lumpur. Cik Nor ambil la dalam sekilo bawak ke rumah sewa. Ingat nak bagi kat housemate tapi diorang tak nak la pulak takut sakit perut. 

Alamak macam mana ni, banyak pulak tu bawak. Letak dalam peti jer la dan Cik Nor makan sikit-sikit. Tak makan kan takut rosak dan membazir la pulak. Gambar yang kat atas tu Cik Nor malas nak letak kicap dan cili. Main letak garam dan gula jer. Masam ni tak payah nak cerita lah.haha. Padan muka Cik Nor kan?


Yang ni Cik Nor rajin sikit, ada kicap dan cili padi lagi. hehe. Cik Nor up la gambar-gambar ni kat facebook. Perghh.. rumai rupanya peminat buah masam macam. Bermacam-macam komen Cik Nor terima. Tak sangka pulak kan? Lagi pun buah ni sukar nak dapat sekarang. Nak beli, kemain mahal lagi. Baik beli makanan lain dari beli buah masam ni kan?

Anak jiran Cik Nor, wife dia orang Kuala Lumpur. Balik Kelantan beli la buah ni sekilo. Tahu berapa harganya sekilo? RM13.00..hambik ko. Kalau Cik Nor idok la belinya. Baik beli buah anggur lerr manis.haha. Lepas dia tahu rumah Cik Nor ada pokok kundang ni, terus dia booking untuk bawa balik Kuala Lumpur. 


Gambar yang ni kakak hantar. Dia bagitahu buah kundang dah masak. dan last buah kat pokok. Siapa balik awal dapat la makan. Kalau tak g beli kat pasar lah yer. haha. Cik Nor tak ada lah balik awal. Paling awal pun petang khamis. Minggu lepas Cik Nor tak balik, sebab nak kemas bilik sewa kat sini. Biasalah lepas cuti lama semua cadar, sarung bantal n selimut nak kena cuci nanti tak selesa nak tidur. Tak gitu korang?

6 comments:

  1. Oh..kitorang panggil buah stor, memori sangat sebab dulu masa kecil di quarters, pokok buah ni sebesar sepemeluk orang dewasa tumbuh depan rumah. Jadi kudapan jiran kat sana tapi sekarang dah kena tebang pokok tu :(

    ReplyDelete
  2. cik nor pos kan ke sini sekilo... ada org tgh mnegidam nk mkn buah ni

    ReplyDelete
  3. kecur air liur tengok buah kundang tu..terasa masam manis rasa buah kundang.

    ReplyDelete
  4. kat perak,panggil buah ni buah menia..haritu dapat gak, ofismate bagi..tunggu biras datang umah, minta buatkan sambal belacan..ku tak reti nak buat sambal belacan ada buh buah ni..

    ReplyDelete