Resepi Kerabu Maggi Ala Thai
sumber gambar dari google
Resepi Kerabu Maggi Ala Thai
Assalamualaikum...
Lama benar rasanya Cik Nor tak makan kerabu maggi buatan sendiri. Kalau nak makan pergi order kat kedai jer. Maka untuk merajin kan Cik Nor semula makan Cik Nor tepek la resepinya kat sini. Mana tahu lepas ni terlebih rajin Cik Nor memasak.haha
Bahan-bahanya :
1. 1 paket maggi siam ( yang plastik warna merah ada tulisan siam tu) - dicelur dan ditoskan.
2. 1 biji buah tomato
3. 2 biji cili merah/ kalau nak lagi pedas boleh letak cili padi
4. Segenggam daun ketumbar ( dicincang)
5. 6 ekor udang segar (lagi banyak lagi sedap) - dicelur
6. Lobak merah- disagat dan dicelur
7. Jus limau nipis
8. Bahan perisa dalam maggi, garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak :
1. Satukan bahan-bahan perisa dalam maggi, garam, gula dan jus limau nipis. Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan tomato, cili merah/cili padi dan daun ketumbar. Kacau biar sekata.
3. Akhir sekali masukkan maggi dan udang yang telah dicelur tadi. Gaulkan sehingga semuanya sekata dan mesra.
4. Siap untuk dinikmati.
Senang jer sebenarnya nak buat tap bila penyakit M ada tu yang jadi susah sangat.haha. Korang yang macam tak ada idea nak masak apa malam-malam boleh la cuba. hehe. Bahan yang digunakan pun cincai jer. Semua ada dalam rumah korang. Antara nak dengan tak nak buat jer. Maggi tu boleh tukar guna maggi biasa. hehe
wahhh.. sedap.. mesti pedas ni. hehe
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
ReplyDeletehttps://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html
Kerabu maggie ni favourite saya. Sedap sangat walaupun megi je heheh
ReplyDeletesy tanya member kalu guna megi selain megi thai tu sedap x? dia kata rasanya kureng...so far lom penah cuba lg...
ReplyDeleteNanti nak try la. tak pernah makan lagi
ReplyDeleteSelalu beli kerabu maggi kat Pasar Malam Padang Bas KB sebab sedappp sangat
ReplyDeleteaida ada aje megi siam tu, cik nor.
ReplyDeletemember bagi 5 peket.
dah berbulan tak berbuat-buat.